Milo Ais...
Fri, 13 Apr 2018
Lepas solat Jumaat, Aku dan Epi terus ke satu gerai ni untuk makan tenghari. Keadaan tidaklah sesak sangat. Mungkin ramai yang dah lunch lebih awal.

Selepas mengambil nasi dan lauk pauk serta memesan minuman, kami pun duduk di salah satu meja di gerai berkenaan. Kami pun mula makan. Tidak lama kemudian minuman kami pun sampai. Limau Ais, Teh O Ais Limau dan Milo Ais bungkus. Sambil makan, Aku dan Epi berbual-bual santai.



Kami terus makan sehingga selesai. Hari yang panas membuatkan Aku memesan 1 lagi Limau Ais. Selesai makan kami kembali ke meja untuk menghabiskan minuman. Epi mula menghisap rokok. Kali ni perbualan kami berkisar satu topik yang agak serius.

Seketika kemudian, kedengaran satu suara dan salam dari sebelah kananku.

Rupanya ada seorang Makcik ni yang sarat membawa beg plastik berisi kerepek di kiri dan kanan tangannya. Aku menjawab salam sambil tersenyum. Makcik tersebut terus mempromosikan kerepek yang dijualnya. Aku dan Epi mendengar, senyum dan menolak secara baik.

Makcik tadi terus menerus memujuk kami agar membeli kerepeknya. Kami pun menolak secara baik sambil tersenyum sekali lagi. Namun semakin lama Makcik tersebut terus mendesak sehingga kami merasakan seolah dipaksa pula! Kali ni Aku sudah mula hilang sabar, kerana Makcik tersebut semakin memaksa dan mula mengeluarkan ayat-ayat yang bagi Aku tak sepatutnya keluar daripada mulutnya. Dalam erti kata lain meraih simpati + memaksa!

Kesal dengan keadaan dan tindakan Makcik tersebut, Kami pun terus bangun dan beredar (dengan rasa geram) untuk membayar harga makanan kami selepas menolak dengan baik buat kali terakhirnya.

Seterusnya, kami terus menuju ke kereta dan berlalu pergi. Aku dan Epi terdiam sepanjang pemanduannya. Masing-masing melayan perasaan. Aku mula rasa bersalah dan kasihan pula pada Makcik tu. Tapi entahlah, tak tau nak cakap apa dah. Benda dah jadi.

Aku bersuara, "Kesian pula Mak cik tadi. Tapi sebab dia dok paksa, Aku tak sukalah macam tu." tegasku pada Epi.

"Tulah, kesian pulak! Sampai cakap tak ada duit bagai, mujurlah Aku diam aje tadi" getus Epi.

"Eh! Mana Milo Ais tadi?!" Tanya Epi.
"Allah! tertinggal pulak!" Jawab ku.

"Takpelah, kita sedekah ajela." Kata Epi.

Aku sekadar mengiyakan sahaja sambil teringat semula pasal Makcik tadi. Dalam hatiku terdetik "Dapat Cash! terus" hehehehhe... Kalau korang paham la, apa yang aku maksudkan tu.

P/s: Sabar itu sebahagian daripada rezeki, kurang sabar boleh kurang rezeki. Hilang sabar boleh jadi hilang jugak rezeki.
View Archives | Back to Top