Akher nya (KIP Mart Segamat)
Thu, 1 Mar 2018
Sebaik sahaja selesai makan tengahari di food court, Aku terus melangkah ke parking lot. Namun langkah Aku terhenti. Mata terpana ke satu sudut.

Sesuatu yang dulunya gah pada visi, misi dan identiti. Kini terpuruk dan terdampar di bumi sebaris buku lali.

Akhirnya, setakat ini sahaja perjalanannya. Selamat tinggal KIP Mart Segamat



KIP Mart Segamat, mula beroperasi pada penghujung 2011. Dan Aku..... Aku adalah salah seorang daripada perintis dalam menyambut "kelahiran" seterusnya sama-sama "membesarkan" KIP Mart Segamat ini.

Sedikit sebanyak jauh di sudut hati ini terkesan juga dengan apa yang Aku lihat dan dengar walaupun Aku dah resign pada 2012. Tapi apa kan daya. Aku tak mampu untuk bersuara apatah lagi mengubah keadaan walaupun ketika Aku masih bersama KMS.

Cuma, seperkara yang Aku kesalkan adalah punca utama kejatuhan ini bukanlah daripada gangguan luar namun ianya bermula daripada orang dalam organisasi sendiri. Ya, dari dalam.

Si Pengampu, Si Penggila Pangkat dan Si Talam Bermuka-Muka adalah watak-watak penjaya sandiwara kejatuhan ini!

Apa khabar agaknya mereka ni semua ya? Heheh.

p/s: Ada sambungan kot....
View Archives | Back to Top