Makan Nasi
Thu, 23 Nov 2017
Sebaik sahaja melangkah masuk, Aku terus disapa Mr. Seow. Aku hanya tersengih. Mari kita makan dulu, sudah lunch hour ujar Mr.Seow sambil melihat jam tangannya. Aku hanya angguk dan akur.

Kami makan tengahari di sebuah restoran Melayu berdekatan pejabatnya. Sambil makan kami sempat berbual tentang bermacam hal yang kebanyakannya berkisar tentang bisnes. Mr.Seow terus rancak bercerita tentang bisnes serta perancangannya. Sambil makan, sesekali Aku menunjukkan respon terhadap apa yang diperkatakan oleh Mr.Seow. Aku angguk, sengih atau sekadar jawab "ok". Itu pun bergantung pada keadaan, hehe. Aku tak berani nak sembang lebih atau bak kata orang Utara, "buat pala tau" sebab Aku rasakan yang Aku sangat jauh bezanya dengan Mr.Seow dari segi umur mahupun pengalaman.

Selesai makan dan basuh tangan kami kembali ke meja kami untuk menghabiskan minuman.

Mr.Seow : Terima kasih sebab you sudah buat saya punya website. Saya suka. Dua-dua pun saya suka. Tapi, tak boleh kurang lagi ke? (sambil ketawa kecil)

Aku : *Terkejut, terdiam dan hanya mampu tersengih.

Mr.Seow : Lagipun saya tengok, budak-budak sekolah pun sudah boleh buat. Kalau saya suruh mereka buat pun mesti lagi murah, kan?

Aku makin terkedu. Sedikit tercabar. Aku tak tau nak jawab macam mana. Kata-kata Mr.Seow tu ada benarnya. Nak aje Aku jawab bagi dia sentap, hehehe tapi tak boleh. Dia klien Aku. Aku baru aje siapkan website untuk bisnesnya, bukan 1 tapi 2 bro!

Aku senyum. Sambil control riak wajah. Aku tarik nafas. Aku pandang ke kanan. Aku cuba untuk respon soalannya.

Aku : Betul Boss. Saya setuju apa yang Boss cakap. Sekarang ni, ramai orang boleh buat. Orang Professional ada, fresh-grad boleh. Budak sekolah pun ada yang pandai buat.

Aku terhenti seketika, sambil mataku tertumpu pada 1 meja tak jauh daripada meja kami.

Mr. Seow : Hahaha, kalau itu macam boleh la kasi kurang laaa...

Krikk...krikkk...krikkk

Aku : Ok boss, cuba tengok itu meja.

Mr.Seow : Yang mana.

Aku : Itu depan, ada 1 bapa sama 1 anak kecil.

Mr.Seow : Oh ok nampak. Kenapa dengan mereka?

Aku : Itu bapa dengan anak, sedang makan nasi. Betul tak?

Mr.Seow : Ya, betul! Ya!





Aku : Ok saya tanya sama Boss. Mereka makan nasi. Ada perbezaan tak itu bapa sama anak?

Mr.Seow : Mestilah ada! Bapa itu makan nasi sama macam-macam lauk lagi guna sudu dan garfu. Itu anak guna tangan, dua-dua tangan, haha. Nasi sepah-sepah, sampai ada atas kepa...

Mr. Seow pula terhenti kalimahnya. Sejurus kemudian beliau tertawa sambil memandang Aku.

Mr.Seow : Wah, you memang manyak pandailah. You sudah kasi "head shot" sama saya, hahah.

Aku : Eh apa maksud Boss? Mana ada "head shot", haha.

Mr.Seow : Betul maa...haha

Aku : Bukan itu macam Boss. Saya tak ada niat mau itu macam. Saya cuma mau beritau perbezaan antara saya dan orang lain. Sorry boss kalau...

Mr.Seow : Hahah tak apa, saya faham. Bagus la ini macam. Dalam bisnes mesti tau apa yang kita buat. You memang boleh bikin bisnes. Boleh cerita punya. Sebenarnya saya mau test saja maaa.

Mr.Seow : Betul you cakap. Semua orang makan nasi, tapi orang dewasa makan nasi tak sama macam budak kecil. Buat apa-apa pun mesti ada beza mengikut pengalaman dan kepandaian, termasuk bikin website, hehehe

Aku : Kalau Boss paham, saya pun happy, Heheh.

Sekembalinya ke pejabatnya. Beliau meminta keraninya menulis buku cheque. Selepas sign, cheque itu pun bertukar tangan. Aku pun terus beredar. Nak pergi bank pulak!
________________________________

Begitulah antara kisah masa Aku mula-mula jadi Web Designer kira-kira 10 tahun yang lepas, masa baru habis belajar dulu. Ok dah! #jangankecamsaya, sesekali nak jugak #throwback, ehhehe.

View Archives | Back to Top