Dah sebulan Aku tak mengarang. Sejak kes "Budak Sekolah" tu Aku seakan masih trauma, terkesima dan sedikit down dibuatnya. Tapi biarlah, kes tu pun kini dalam siasatan pihak yang berkenaan.
Untuk kali ini, kisahnya masih berkisarkan Aku, Ain dan Erham. Masih berkenaan senario di tempat makan, hehehe. Namun, taklah serumit mana bahkan lebih kepada comforting kot.
Semalam (Isnin, 23 Oktober), Lepas jemput Erham daripada rumah Ummi, Ain request nak minum petang sambil makan kek. Bila sebut aje kek, kat mana lagi kalau bukan tempat kegemaran Ain semestinya di Secret Recipe, hehe. Aku terus memandu dengan pantas namun cermat. Sesampainya di sana, orang agak ramai tapi taklah sesak sangat. Kami mengambil tempat di kerusi yang ala-ala sofa, bersebelahan dinding, yang empuk dan sesuai untuk Erham jika dia nak berbaring sementara kami makan.
Selepas membuat pesanan, seperti kebiasaan Aku dan Ain akan berbual-bual dan sesekali bermain-main dengan Erham. Kemudian datang satu keluarga berbangsa Cina ni. Berempat, young parent bersama 2 anak perempuan. Anak yang lebih besar berkostum Batman, ok! Hehehe.
Mereka duduk selang 1 meja daripada meja kami. Anak-anak pasangan tersebut kelihatan energetic namun masih terkawal. Kelihatan si Mommy sedaya upaya mengawal mereka, sedangkan si Daddy serius dan fokus menatap telefonnya.
Kami hanya memerhatikan saja sambil menikmati pesanan yang sudah sampai. Seketika kemudian, anak yang lebih besar mula menghampiri kami. Diikuti dengan si adik. Rupa-rupanya mereka cuba mendekati Erham, sambil menarik perhatian Mommy dengan menyebut "Baby! Baby!"
Kedua-dua beradik tu begitu tekun cuba mengagah Erham yang baru nak mencecah usia 5 bulan. Kami yang sedang makan, berhenti seketika sambil melihat dan melayankan karenah mereka berdua. Sesekali terdengar suara daripada si Mommy dalam bahasa Cina, yang Aku rasa bermaksud supaya berhati-hati dan jangan nakal, kot. Hehehe.
Erham seperti biasa, pada mulanya hanya memandang dan senyum sikit pada orang yang baru ditemui. Akhirnya begitu teruja dan lantang bersuara membalas teguran dan agahan kawan barunya yang Aku kira hanya sesama mereka sahaja yang faham. Aku dan Ain terus mengawasi bebudak ni sambil makan kek dan sesekali bertukar senyuman dengan si Mommy.
Ain sempat bertanyakan umur si adik. Baru 1 tahun rupanya dan kami kira si kakak pastinya berusia paling tidak 2 tahun. Kami terus memerhati mereka.
Pada ketika itu riuh suasana dek budak bertiga ni. Riuh yang mendamaikan dengan suara baby dan budak kecil yang bagi Aku sangat pure, jujur, tanpa prejudis serta bebas masalah tak seperti kita ni orang dewasa.
Setelah selesai makan, masa untuk beredar. Aku mendukung Erham sambil memastikan tiada barang tertinggal sambil mengucapkan "Bye bye" pada si dua beradik dan parents nya. Namun, kedengaran satu suara budak kecil dari sudut lain selang beberapa meja. Kami menoleh dan mendapati ada seorang budak lelaki yang berusia dalam 1-2 tahun bersama familinya yang berbangsa Cina. Sambil berdiri dan didukung oleh ayahnya, dia turut berkata-kata (yang tidak kami fahami) sambil melambaikan tangannya ke arah kami.
Aku dan Ain tersenyum sambil menggerakkan tangan Erham tanda membalas lambaiannya. Erham terus senyum dan ketawa. Happy betul! Heheh.