Hari ni hari pertama Erham mula dihantar ke rumah pengasuhnya yang lebih mesra dipanggil Ummi. Ini kerana hanya tinggal lebih kurang 4 minggu lagi sebelum Ain kembali ke sekolah dan kembali bertugas selepas habis cuti bersalin.
Atas sebab itu kami rasakan yang sudah sampai masanya Erham diberikan ruang, peluang dan exposure pada Umminya. Ini juga sebagai tempoh percubaan bukan sahaja untuk Erham bahkan untuk Mama dan Abahnya untuk membiasakan diri berasingan selama beberapa jam pada setiap hari bekerja.
Al-maklumlah, sejak Erham lahir kami sentiasa ada bersama dan jarang berjauhan untuk masa yang lama, hehe.
Menceritakan pengalaman hari pertama dihantar ke rumah Umminya, Erham seakan tiada masalah besar untuk cuba adapt dengan Ummi, rumah Ummi dan persekitarannya. Cuma ada jugak lah sikit-sikit merengek seakan tahu yang dia bakal ditinggalkan di sana buat seketika.
Selesai membawa masuk barang keperluan Erham yang perlu ditinggalkan bersamanya, Aku duduk sekali bersama Ain dan Ummi untuk sedikit sesi ringkas berkenaan what-to-do-? dan what-to-expect-?.
Ummi yang sememangnya berpengalaman dalam hal-ehwal mengasuh tenang mendengar dan sesekali bertanya soalan. Setelah berpuas hati dengan sesi penerangan dan keperluan Erham, masa untuk Aku dan Ain gerak!
Ok...Aku nampak Ain cuba untuk senyum. Tapi Aku tau, Ain sebenarnya cuba menahan sebak dan air matanya. Hati seorang ibu, dan Aku yakin semua Ibu yang bekerjaya pasti pernah merasakan perasaan yang sama bukan?
Ummi yang seakan faham, cuba menceriakan Ain dan Aku dengan kata-kata yang menenangkan. Aku tersenyum. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Ain memegang tanganku. Aku memandang Ain sambil tersenyum. Senyum yang macam Ain jugak.
Terasa sesuatu yang Aku belum pernah rasa...Hati bapak! Namun Aku cuba untuk tidak menggugurkan walau setitik air daripada mata ini, sebabnya...Hati bapak! Kena tenang dan kuat. Aku tau kalau Aku keluar air mata, sah-sah Ain akan menangis.
So, Aku pandang Ain. Sambil berkata "InsyaAllah, dia OK tu. jom sarapan." Ain senyum. Aku pun masuk gear D. Sambil menoleh ke luar. Aku cepat-cepat lap sebutir air yang terkeluar daripada mata ni. Aduh! terkeluar jugak!