Hujung bulan ni, Erham akan mencecah usia 3 bulan. Ain pun bakal memulakan semula tugasannya setelah lebih 3 bulan bercuti. Aku?
Aku dan EV Media pun turut mengorak langkah. Langkah besar, dan serius. Sangat serius. Kalau nak ikutkan, Aku memang rasa belum cukup kuat. Belum cukup tabah. Tapi betullah kata orang. Bila dah ada isteri ni lain, apatah lagi dah ada anak. Hidup seseorang tu bakal dan mesti berubah! Setinggi penghargaan buat zaujati, Ain yang sentiasa ada bersama Aku ketika thick and thin...cewah!
Cerita pasal EV Media ni, kami dalam proses menyiapkan office baru ditempat baru. Kali ni kami (Aku dan Ain) membuat keputusan untuk menyewa satu lot kedai penuh berbanding sebelum ni yang hanya menyewa sebahagian ruang sahaja. Ini bagi melancarkan lagi operasi dan aktiviti yang telah dirancang selain memaksimumkan penggunaan ruang.
Hmmm...rasanya cukuplah setakat ni untuk kali ni. Banyak benda nak kena setel lagi ni. Nanti Aku akan cuba update dari semasa ke semasa, insyaAllah...
OK selamat...sSsaAappP!