Aku terus tersenyum. Tiba-tiba telefon Aku berbunyi dengan mendendangkan lagu Gaban! Dengan pantas Aku mencapai dan melihat siapakah yang call. Nombor tiada dalam simpanan.
Aku : Hello..
Pemanggil : Assalamualaikum, ini En. Ezral?
Aku : Waalaikumussalam, ya saya.
Pemanggil : Saya daripada syarikat courier. Ada barang untuk Encik Ezral. Boleh tolong bukakan pintu pagar?
Aku : Err, boleh.
Panggilan dimatikan. Aku agak terkesima. Dah pukul 9 lebih (malam) ni. Courier apa? Ain bertanya kepada Aku, siapa yang call? Aku dengan ringkas jawab "courier".
Aku terus menekan remote autogate. Dari dalam rumah Aku dapat lihat ada sebuah kereta yang sedia menunggu. Nampak macam kereta Kancil aje.
Sebaik pemandu Kancil itu keluar. Salam diberi dan dijawab. Aku masih terpacak dan ternanti. Siapakah? Apakah? Pemandu tersebut terus mengeluarkan beberapa belon helium dan sebuah kotak yang besar. Aku dapat melihat ada perkataan "Happy Birthday"! OH! Aku terpana seketika! Oh Em Gie!...rupanya dia adalah staff Oh!Ballon - Suprise Planner
Ya Allah rupanya Ain, zaujati yang buat suprise!!! Tak terkata dibuatnya. Rasa nak pengsan pun ada (kununnya, hehe). Lepas snap beberapa keping gamba sebagai testimoni untuk Oh!Balloon, kami pun berselfie 3 beranak dengan items yang ada.
Thanks Sayang for this special suprise and gifts
Sungguh tak disangka, walaupun masih dalam pantang masih sempat nak buat suprise. Terima kasih zaujati, Nurul Ainshah. Terima kasih untuk segalanya. Terutamanya hadiah terbesar dalam hidup kita setakat ni, Muhammad Arif Erham. Love all of you!
Truly, Birthday Boy, June 5th