Cahaya mata yang kami nantikan sejak kembalinya putera pertama kami, Muhammad Arif Iskandar ke pangkuan Ilahi pada hari yang sama dengan hari lahirnya kira-kira 3 tahun lepas. Satu penantian yang penuh ujian dan dugaan yang bersulamkan tawa dan air mata.
Sejak dari itu Aku dan Ain tak pernah putus untuk berusaha dan berharap agar kami diberi peluang untuk menimang cahaya mata, terutamanya selepas Ain dikesan menghidap Endometriosis tahap 4.
Eh terpanjang lebar pula. Ok Aku tak bercadang nak jadikan entri kali ni sebagai entri yang sedih. Namun lebih teruja nak berkongsi kisah gembira ini sebagai manifestasi kegembiraan dan kesyukuran pada ALLAH S.W.T. Pendek cerita, tanpa izinNya tak akan berlaku semua ini.
InsyaAllah Aku akan kongsikan kisah-kisah yang Aku alami bersama Ain sebelum lahirnya buah hati kami ini.
#babyAE #anakAbah
Oh ya, rasanya masih belum terlambat untuk Aku dan Ain mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua. Salam Ramadan semua! :)