Shift + Delete
Thu, 4 May 2017
Last updated - 22 Feb 2017.... Tudia, dekat 3 bulan tak ada entri baru!

Kalau nak diikutkan, macam-macam cerita nak share. Tapi disebabkan kekangan masa dan mood menulis kejap ada kejap tak ada, makanya niat hanya tinggal niat.

Ok, untuk kali ni Aku nak share sikit tentang sesuatu insiden yang baru berlaku baru-baru ni.

Pada malam tu (pagi dah sebenarnya..) lebih kurang 1.20 pagi. Aku memang mengantuk. Sewajarnya dah tido. Tapi sebab ada 1 task ni, Aku kena siapkan secepat mungkin sebab nak present pada client pada keesokan harinya. Sambil teguk kopi, sambil dengar MP3, Aku gagahkan jua mata dan hati ini. Klik sana, klik sini.

Lepas tu Aku teringat yang aku perlu buat 1 New Folder. Lepas create new folder, keluar warning mengatakan memang dah ada folder yang bernama "New". 2-3 kali jugak. Aku pun pelik.

Dah kenapa pulak? Tanpa fikir panjang. Aku pun "shift + delete New Folder yang sedia ada tu sebab mengganggu aje! Seketika kemudian.....

Allah! Baru Aku teringat. New Folder yang baru Aku delete tu adalah folder yang mengandungi semua info dan gambar berkenaan projek yang tengah Aku buat ni!! OH! EM! GEE! Terus hilang rasa mengantuk Aku. Seakan seketul batu terhempas di atas kepalaku ini! Macam mana nak buat? Masa tu rasa nak marah, bengang, kecewa, lapar, nak menangis semua ada.

Shift + Delete tu secara amnya memang diketahui adalah fungsi untuk melupuskan fail/folder secara total!

Dalam kekalutan, keserabutan. Aku pergi dapur kejap. Tekan mesin Coway, minum air dulu. Kasi tenang. Relax. Aku menarik nafas panjang. Aku kembali ke lappy. Aku try google macam mana nak dapat kembali fail yang telah di "shitf+delete" (in english laa..)?

Keluar aje result, Aku meneliti setiap satunya dengan pantas. Sehinggalah Aku terjumpa info berkenaan software ini.


Pandora Recovery


Pada mulanya Aku agak skeptikal jugak, tapi Aku tak ada pilihan lain melainkan untuk mencubanya. Aku terus ke website rasminya dan mencari link untuk download. Bukan apa, lebih selamat jika kita download daripada sumber rasmi. Yang pasti. masa tu Aku dah tak fikir apa dah. Yang penting Aku kena dapatkan semula folder yang dah hilang tu. Kalau tak....

Ok diringkaskan cerita, Lepas install. Aku ikut arahan satu persatu sehingga selesai dan...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Dapat semula New Folder tu. Makanya Aku pun terus sambung buat kerja Aku dengan mata yang dah kembali mengantuk dan badan dah makin letih tapi dengan hati yang sangat lega dan bersyukur!

Well! Lesson learnt!

1.) Jangan malas nak rename folder yang penting dalam mana-mana projek sekalipun!
2.) Jangan buat kerja lewat malam sangat, awak tu bukan 20-an lagi Derr...Hehe!

Sebagai mengenang dan menghargai jasa Pandora File Recovery ni Aku nak buat promosi percuma untuk diorang.
Anda boleh klik Pandora File Recovery Website untuk mencuba! Oh Lupa nak beritahu. Setakat hari ni ia adalah PERCUMA! FREE!

*Installation and use of this software is at your own risk.
I will not be responsible for any damage or destruction that would occur after you install and use them without following proper instructions.
I'm just sharing information that will or may be able to help anyone in need.


Ok, nak sambung kerja semula...Selamat! SsSaAapPP!
View Archives | Back to Top