Ok ni kisahnya....
Baru-baru ni Aku dan Miss Zaujati, Ainshah pergi ke Nilai untuk beberapa urusan berkenaan rumah yang baru dijual. Memandangkan urusan-urusan itu semua melibatkan kaunter di pejabat kerajaan, Aku membuat keputusan untuk ke Nilai pada petang Khamis dan bermalam di sana. Dengan harapan kami dapat sampai seawal mungkin pada pagi Jumaat ke tempat-tempat berkenaan.
Makanya petang Khamis tu, selepas Ain selesai urusan di sekolah dan Aku selesai urusan kerja Aku, kami pun bertolak ke sana.
Selepas Asar, kami pun memulakan perjalanan dengan hati yang sedikit lega sebab kebanyakan urusan pada hari tu dah selesai. Petang yang mendung dan jalan yang tak begitu sesak membuatkan kami berasa sangat senang hati.
Setelah hampir 2 jam memandu, Aku terasa lapar pula. Aku pun berhenti di Petronas R&R Seremban untuk membeli minuman dan sedikit kudapan. Memandangkan parking lot di stesen tersebut penuh, Aku terpaksa parking di salah satu pump minyak yang kosong, terpaksa bro. Nak buat macam mana kan? Hehe.
Aku perasan pump depan tu ada 1 brader India ni tengah isi minyak keretanya. Dia pandang Aku, Aku pun senyum aje. Takkan la nak buat muka ketat pulak tak pasal-pasal, kan?
Selesai Aku membeli apa yang patut, Aku masuk ke kereta sambil menghulurkan air mineral yang dipesan oleh Ain. Aku pun mula menghidupkan enjin...tekk! tekk! Alamak! Bateri weak! Lepas tu terus tak berbunyi..
Beberapa kali Aku cuba, tak boleh jugak. Aku rasa macam nak panik dah. Macam aje, belum panik lagi pun hehehe. Aku tengok kiri-kanan, orang lain dah mula usya-usya. Aku mula cuak. Adudu, dah kenapa time-time macam ni nak buat hal. Lepas tu baru Aku ternampak yang charger Phone terpasang. Dem! Ada sekali tu Aku pernah kena jugak sebab charger ni. Aku suruh Ain cabut. Aku try sekali lagi. Masih tak boleh! Hopeless!
Makin ramai orang-orang kat stesen tu dok pandang-pandang (pandang-pandang padya?). Tapi tak tanya pun kenapa, termasuk lah staf Petronas yang ada berdekatan kereta kami.
Aku cuba bertenang. Tarik nafas...lepas....tarik...pandang depan....
Aku ternampak kereta brader India tadi masih ada. Dan Aku nampak dia berjalan ke arah kereta kami.
"Bang, kenapa bang? tanya beliau. "Bateri problem la boss". jawabku. Brader tu pun minta Aku bukak hood. Aku akur. Tanpa banyak cakap beliau terus masuk ke keretanya dan park sebelah kereta kami.
"Ada jumper tak boss?" Aku dengan yakin cakap "Ada" tapi bila Aku tengok, alamak baru teringat yang jumper tu dalam Cik Puteh, yang tengah problem ni Si Tam Tam....
Brader tu pun senyum. Terus ke bonet keretanya. Keluarkan 1 gadget seakan PowerBank.
Portable Jump Starter
"Saya baru beli ni. Belum buka kotak lagi.." katanya sambil tergelak kecil. Tanpa banyak cakap terus beliau mengenakan portable jumper pada bateri Si Tam Tam.
Alhamdulillah. Berjaya. Lega bukan kepalang. Syukur sesangat dan rasa berterima kasih yang tak terhingga pada brader India ni.
Aku pun terus bersalaman dengan beliau sambil mengucapkan terima kasih, terima kasih, terima kasih. Sempat Aku bertanya, adakah beliau seorang mekanik. Beliau hanya tersenyum sambil berkata "Saya kerja biasa-biasa saje". Bila Aku terpandang pada cermin depan keretanya. Terdapat beberapa sticker PDRM! Adakah beliau Polis?
Sebelum beliau beredar, "Tuan", seruku sambil menghulurkan namecard Aku padanya. Beliau pun turut sama memberikan namecard nya sebagai balasan. Beliau pun beredar.
Aku kembali ke kereta. sambil menunjukkan namecard beliau.
Ain : ????
Apapun sekali lagi Aku nak ucap terima kasih kepada Mr. Bala Murali, atas kesudian beliau membantu di kala orang lain hanya pandang sahaja.
Bagi Aku, Good People still Exist.