Kembara Tok Batin...
Wed, 8 Feb 2017
Hari ni pagi-pagi lagi dah ada benda yang buat Aku naik marah. Nak cerita pun kat sini macam tak relevan aje, so better Aku simpan. Cukuplah Aku cakap yang Aku memang marah.

Aku masuk ofis. Aku cuba tak nak fikir pasal kemarahan, Aku buka Facebook, layan lagu, dan perlahan-lahan mood buat kerja pun sampai. Maka Aku pun bukalah joblist yang perlu Aku buat. "Perhh, banyaknya lah kerja!". Tapi bila fikirkan balik, kalau tak start buat bilanya nak siap betul tak?

Dalam pada Aku fokus dan serius membuat kerja mendesign dan mencoding. Sesekali Aku tengok jugak fon, kot-kot ada mesej/sms masuk. Sebabnya masa Aku buat kerja telefon Aku adalah dalam silent mode. Kalau tak buat macam tu tak jadi kerjalah gamaknya.

Masa Aku check salah satu group Whatsapp ni ada seorang member Aku dia share kan link blog dia. Sebagai blogger yang sapot blogger lain, Aku pun click untuk tengok-tengok sambil take 5 kejap. Aku pun logon ke blog beliau.

Acah-acah hiker - berkisar pengalaman beliau dalam aktiviti mendaki gunung dan bukit atau apa namanya dalam English orang panggil... mounting..eh! Apa pulak mounting...hiking..heheh

Disebabkan Aku ni bukanlah "Outdoor Person" sangat lagi-lagi dalam aktiviti mencabar macam ni, makanya Aku pun mula membaca entri-entri beliau yang panjang lebar. Setakat ni baru dapat habis 1 entri aje.

Mantap! Dari perenggan ke perenggan, terasa macam Aku ikut mendaki sekali. Ditambah dengan foto-foto yang dipaparkan. Serius terasa feeling mendaki bro!

Eh, panjang pulak ceritanya. Ok lah, disebabkan Aku rasa blog beliau ni menarik untuk dibaca dengan itu Aku pun rasa menarik untuk dikongsi.

Kalau anda nak try baca, Klik aje imej di bawah. Enjoy your hike!


Blog Kembara Tok Batin...

View Archives | Back to Top