New Year Entry
Wed, 11 Jan 2017
Sekejap aje dah 11 hari kita berada di tahun 2017 ni. Seperti kebiasaannya bila sebut tahun baru, pasti disertakan dengan kisah azam baru, azam lama yang diperbaharui atau mungkin yang malas nak berazam pun ada, dan macam-macam lagilah hehe.

Ok untuk 2017 ni, azam Aku dari segi peribadi - cuba menjadi lebih baik, atau to be better.

Dari segi kerjaya/biznes - Untuk terus maju dan berjaya (cliche betul bunyinya! Hahah).

Tapi itulah realiti. Mana ada orang nak gagal betul tak? Makanya untuk azam-azam itu antara langkah yang telah Aku ambil adalah dengan membuka ofis pertama bagi EV MEDIA. Benar, first office, bro.

Selama ni Aku hanya beroperasi dari rumah, walaupun lebih menjimatkan dan selesa katanya (boleh tidur dan tengok TV). Tapi untuk tahun ketiga ini, Aku rasakan sudah sampai masa Aku membuat sedikit anjakan paradigma demi mempertingkat dan mengembangkan potensi bisnes ni.

Dengan sokongan dan dorongan daripada Miss Zaujati, Nurul Ainshah, keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah, dapat juga Aku capai azam ini bermulanya tahun 2017 ni, dan secara rasminya Aku masuk ofis ni pada 9 Januari yang lepas. Walaupun tak sebesar mana, tapi Aku bersyukur kerana diberi keizinan ini dan berharap agar dapat beroperasi dengan lebih efisien sesuai dengan tagline EV MEDIA - "Serving with passion". InsyaAllah...

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah


Teaser...
View Archives | Back to Top