Hadiah Oh Hadiah
Mon, 31 Oct 2016
Beberapa minggu lepas Aku menerima satu panggilan daripada Petronas. Aku dimaklumkan yang Aku adalah salah seorang daripada pemenang harian Promosi "Awesome Bola" yang telah berlangsung pada pertengahan tahun 2016. Promosi tersebut telah pun tamat dan Aku telah memenangi sehelai Jersi Pasukan Kebangsaan Eropah Adidas Edisi 2016. Wow! Alhamdulillah!


Promosi Awesome Bola!


Dalam pada rasa terkejut dan gembira, Aku ada sikit rasa pelik jugak sebabnya dah lama Aku tak swipe Kad Mesra Petronas sejak Aku beralih ke Petron. Tapi lepas Aku fikir-fikir, baru Aku ingat. Kad Mesra Aku ada pada Epi. Selama ni dia yang banyak swipe, hehehe. Aku tersenyum. "Heheh, no wonder lah kan...." getus hatiku.

Selepas sedikit verification process, akhirnya panggilan itu ditamatkan dengan jaminan bahawa hadiah Aku itu akan sampai dalam masa 1 bulan. Hmm...Sebulan tu bai! Hahah. Tapi tak kisahlah, apa ada hal janji menang hehehe :D

____________________________

So nak dijadikan cerita, minggu lepas Aku dapat satu mesej Whatsapp daripada satu nombor yang tak dikenali. Mesej tu adalah gambar bungkusan yang tertera nama dan alamat Aku. Rupanya mesej tu daripada brader delivery, tapi bukanlah Pos Laju. Aku pun membalas mesej tersebut dengan mengesahkan bahawa memang info itu betul.

Aku tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Bila Aku mesej dia semula, senang aje dia jawab - "Unlocated".

Lerghh! dasar pemalas! Aku pun call ofis dia untuk pencerahan. Jawapan yang sama Aku dapat, cuma staff yang jawab call Aku tu lebih profesional dan beretika. Malas nak panjang cerita, Aku pun beritahu staff tu yang Aku akan tuntut bungkusan Aku tu pada keesokan harinya memandangkan Aku agak sibuk pada hari tersebut.

Keesokan harinya dengan hati yang riang berbunga-bunga Aku terus ke pejabat courier tu yang terletak di bandar Segamat. Tapi kegembiraanku terencat disebabkan punyalah susah nak dapat parking. Puas Aku pusing sana-sini nak cari parking kereta. Attoyaiii!!!.

Lepas pusing punya pusing, akhirnya Aku ambil keputusan nekad. Aku parking aje dekat satu tempat ni yang memang tak ada garisan parking. Aku bajet yang Aku takkan lama, sempat lah nak chow lepas ambil hadiah Aku tu sebelum Geng Penguatkuasa sampai. Aku bergegas terus ke sana.

Tak sampai 5 minit, Aku datang semula ke kereta. Aku dah agak dah! Dah agak, mesti kena punya. Apa lagi? Surat Merah! Kena kompaun! Aku pun teruslah ke Majlis Daerah Segamat. Dipendekkan cerita ni, lepas jumpa Boss Penguatkuasa, sembang-sembang, argue-argue sikit dan nego apa yang patut dapatlah pengurangan daripada RM500.00 kepada RM100.00. Tudia!! Daripada hati berbunga terus berbulu jadinya! hahaha.

Ok, Aku pun baliklah ke rumah dengan harapan hadiah ni dapatlah menyejukkan hati yang panas, melegakan duka yang lara ni....
Aku pun terus buka cover bungkusan tu.... Jeng...jeng...



Wah!! Jersi Germany tu!! Nice.....Aku pun baca kad ucapan tahniah kecil yang turut disertakan sekali. Sambil tersenyum Aku pun membelek-belek jersi tu.

Nampak macam original. Tapi dalam masa yang sama, Aku rasa macam ada benda yang tak kena. Rasa semacam aje. Rasa yang macam tak best.... Lepas beberapa detik, baru Aku sedar! baru Aku prasan!

Woah!!! Daymm!!! Terus rasa nak jerit sambil nyanyi korus lagu Projector Band macam gamba kat bawah ni!





Nampak tak? Nampak? Saiz apa? Saiz XS????? Wau Alif Ta, Dal Alif Fa! Ada ke patut saiz XS...Xtra Small! Kalau kata L tu boleh lagilah nak try bagai. Ini XS, nak masuk sebelah lengan pun tak tentu lepas! Ya Allah, dugaan sungguh!

Penantian Sebulan + Kena saman parking = dapat jersi ori saiz XS! Arghh!!!!

Stress betul bila kenangkan hari yang sangat menyedihkan itu! Ok setakat ni ajelah...Chiow!

P/s: Nak merajuk dengan Petronas!
View Archives | Back to Top