Belajar...
Sun, 9 Oct 2016
Dalam keadaan ekonomi semasa yang tak menentu ni, Aku percaya ramai antara kita semua yang dah mula, ataupun dalam perancangan nak buka bisnes. Part-time atau full-time tu terpulanglah pada pilihan masing-masing. Namun yang pastinya, menjalankan perniagaan atau membuka bisnes ni nampaknya satu senario yang semakin popular terutamanya di alam maya.

Sememangnya memulakan bisnes di alam maya ni adalah pilihan majoriti daripada kita kerana pelbagai faktor. Antara yang UTAMA ialah MUDAH & MURAH. Media sosial seperti FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER dan Laman Web sememangnya pilihan utama sebagai port permulaan dalam memulakan sesuatu bisnes itu. Manakala Apps seperti WhatsApp dan Wechat pula sudah terbukti memudahkan kerja promosi dan marketing (macam Aku sendiri buat, hehe).

Maka bila senario ini terus berkembang dan menjadi trend, maka ramailah individu mahupun organisasi yang mula mempromosikan servis seperti kelas menguasai teknik perniagaan, kursus motivasi dan peningkatan kendiri serta pelbagai lagi.

Secara peribadi, Aku rasakan ini adalah satu perkembangan yang sihat dan positif, yang mana mampu memberi win-win situation, baik kepada para peniaga (yang dahagakan ilmu pengetahuan) mahupun pada mereka yang ingin "berkongsi" ilmu dan kemahiran tersebut.

Tapi, yelakan. Ada masa tak semua yang dijanjikan itu indah belaka. Bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah dan air yang tenang, jangan disangka tiada buaya! Bagi anda yang telah dipertemukan dengan guru/sifu/master yang betul-betul jujur dan ikhlas, alhamdulillah. Tapi bagi yang menghadapi sebaliknya, diharapkan dapat dijadikan iktibar dan tidak patah semangat dalam menimba ilmu pengetahuan.

Ok2, entri kali ni bukanlah Aku nak tuju pada sesiapa baik individu mahupun syarikat. Tapi lebih pada Bro-bro dan Sis-sis di luar sana yang mungkin belum tahu kewujudan (Atau mungkin dah tau tapi masih tak jelas) satu kursus yang dinamakan KURSUS eUSAHAWAN DESA.

Kenapa Aku nak cerita pasal kursus ni? Apa yang best nya?

Sebagai Usahawan Kecil yang baru nak merangkak katanya, Aku percaya pada Sharing is Caring. Sebab tu Aku kongsi agar kita semua dapat manfaat dan kongsikan dengan seramai mungkin usahawan baru dan lama. Selain tu, ini adalah antara usaha kerajaan dalam membantu dan memajukan usahawan kecil. Oleh yang demikian risiko ditipu dan tertipu berada pada level paling rendah atau mungkin tiada langsung, sifar.

Seiring dengan usaha kita menambah ilmu dan memperkasa kemahiran terutamanya dalam mengharungi cabaran perniagaan digital. So, kita kena support, support dan support!





Penganjur Kursus eUsahawan



And the best part is...kursus ini PERCUMA! Apa? PERCUMA!? FREE!?
Serius ke? IYA! Makan disediakan dan dapat sijil lagi!

Aku dah pergi dah bulan Jun lepas. Tapi masa tu bulan puasa maka tak adalah makan, hehe. Sesi Aku diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2 dan dikelolakan oleh pengajar yang sangat berdedikasi dan profesional. Syabas! Saya suka, saya suka!

Oh ya, entri ini tak berbayar dan tapi anggaplah sebagai salah satu CSR daripada EV Media, ok? Nak cerita panjang-panjang nanti anda bosan pulak kan? Hehehe.

OK, anda boleh rujuk terus info berkenaan kursus ni di laman rasmi Website eUsahawan. Kalau nak, boleh register terus.

Sebagai bukti Aku dah join kursus ni, Aku sertakan sekali imej sijil yang aku perolehi (No. IC Aku dah hilangkan...) dan gambar geng-geng usahawan yang datang sama sesi dengan Aku. Bukan apa, nanti takut jugak ada orang pertikai dan buat semakan dan sebagainya...hehehe :D







P/s: Syukurlah kakitangan kolej tu tak kelirukan Aku dalam proses mendapatkan sijil tu...heheh (*yang faham tu faham lah..)
View Archives | Back to Top