Awal Muharram 1438
Tue, 4 Oct 2016
Sempena tahun baru 1438H ni, Aku buat sedikit respon bagi mereka yang keliru antara "sumbangan" dan "pegangan" sesorang yang kononnya banyak berjasa dan bergelar so-called "Dr"...
______________________________

Saya adalah pakar motivasi dan keusahawanan dan memiliki beberapa Ph.D...
+++ (Ini MANIS dikata dan didengar tapi PALSU)

Saya sebenarnya tiada kelulusan dan tiada pun Ph.D cuma pandai berkata-kata...
---(Ini BENAR tapi PAHIT tak sedap dikata)

Ok dalam konteks sumbangan, ramai yang dakwa kononnya beliau banyak mengubah cara berfikir, berusaha dan sering membawa pendekatan yang Islamik dan penuh ilmiah...

Tapi pada point yang paling asas, kenapa beliau tak berpegang pada sabda Nabi S.A.W - "Berkata benarlah walaupun pahit"?

Dalam masa sama terus menerus menafikan perkara yang pahit tapi benar dan terus mengiyakan manis tapi palsu....

Inikah idola anda?


Ok ada orang cakap, semua orang tak lari daripada melakukan dosa, buat silap dan salah..

Ya betul! Akan tetapi dalam hal beliau ni,
Kesalahan yang dilakukan adalah sengaja dan dengan niat serta berulang.

Jadi anda masih nak percaya?


Hmm...tapikan semua yang bersalah boleh bertaubat dan minta maaf, kan?

Benar dan betul bahkan memang betul!.

Tapi adakah dengan cara begitu beliau boleh walk away just like that? Tak perlu diambil tindakan dan dihukum sewajarnya? Maafkan sahaja walaupun telah melakukan kesalahan pada ramai orang, memalsukan imej diri serta mencemar nama baik institusi di tanah air sendiri? Dengan alasan beliau telah banyak berjasa.


Kalau begitulah pegangan segelintir kita, kita bukan sahaja menafikan hidup berperaturan, kita juga menafikan hak dan usaha insan lain dan juga sekaligus menafikan hukum Allah.

Ingatlah, niat tidak menghalalkan cara. Dan tolonglah jangan terpedaya dengan dakyah Robin Hood yang kononnya, boleh melakukan kejahatan asalkan dengan niat untuk berbuat baik. That is so wrong!

sekadar pandangan...
#sayaBukanDoktor #sayaBukanPakarMotivasi #tapiSayaAntiPenipu

P/s: Bayangkan anda mendapat tahu bahawa doktor yang baru melakukan pembedahan salah seorang daripada ahli keluarga anda sebentar tadi, hanya memakai gelaran Doktor semata-mata tanpa mempunyai kelulusan yang sewajarnya...
View Archives | Back to Top