Zon Selesa
Sat, 17 Sep 2016
Zon Selesa atau Comfort Zone adalah isu yang sering dibahaskan oleh ramai orang terutamanya dalam hal kerjaya. Aku tanpa pengecualian.

Macam Aku sendiri, mengimbau kembali ke tahun 2009 tak lama lepas Aku graduate daripada Multimedia University, Alhamdulillah, Aku dah merasa first job Aku sebagai Web Designer. Boleh dikatakan ni memang kerjaya impian Aku sejak dulu lagi. Seterusnya Aku dapatlah merasa macam mana bertukar tempat kerja/syarikat, kehilangan kerja, interview sana-sini, politik pejabat, rakan sekerja dan boss yang multi-perangai dan macam-macam lagilah! Hehehe.

Namun disebalik macam-macam hal yang Aku lalui sepanjang kerjaya Aku sejak 2009, tanpa Aku duga sama sekali kira-kira 2 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2014, sekali lagi aku berdepan dengan masalah kehilangan kerja. Ini berlaku bila mana syarikat tempat Aku kerja tu mula hilang punca lepas tukar nature of business dan membawa masuk Consultant yang entah dari mana datangnya yang mana membawa malapetaka kepada syarikat!

Makanya, berlakulah pelbagai konflik yang akhirnya sebahagian besar staff diberhentikan tanpa sebarang alasan yang jelas, termasuklah Aku.

Itu memang ujian yang sangat mencabar bagi Aku. Masa tu usia perkahwinan belum pun menjejak setahun. Beberapa bulan sebelum tu Aku dan Ain telah kehilangan anak pertama kami dan juga Mamaku yang tercinta...

Semua terjadi dalam selang waktu yang sangat dekat. Allah! Aku hampir terkedu, tersungkur.

Namun berkat nasihat daripada keluarga terutamanya isteri tersayang, Miss Zaujati, Nurul Ainshah juga kawan-kawan, Aku bertenang. Take a deep breath. Cuba untuk kembali positif... Alhamdulillah... Aku perlahan-lahan bangkit kembali dan cuba apa nama, cuba re-organize. Cuba berfikir secara relevan, dan cari semula semangat yang hilang!

Dari situlah segalanya bermula. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada Comfort Zone ni. Aku tekad untuk bangkit semula bersama EV Media Resources dan mula menjadi orang yang digelar "kerja sendiri".

___________________

Ok tu serba sedikit intro untuk kali ini, hehe. Bukan apa, bila dah lama tak buat entri baru, rasa macam segan pulak nak post entri yang pendek-pendek. So, sekali-sekala Aku bagi boom! sikit, hehehe.

Ok kita Fast Forward>>> sikit daripada 2 tahun lepas ke masa terkini. Macam biasa, Aku nak share projek terbaru EV Media dengan pembaca blog sekalian. Jangan lupa klik dan sapot ok! Heheh





InsyaAllah, beberapa projek lagi bakal menyusul. Coming Soon, Bro!
View Archives | Back to Top