Mama,
Ketika aku kecil,
Setiapkali Mama cakap "Jangan", "Tak boleh!" dan seumpamanya...terasa diri bagai dibenci olehmu
Setiapkali Mama tak bersetuju denganku...terasa seakan Mama terlalu menentangku
Setiapkali Mama menghukum aku atas kesalahanku..terasa seakan aku ni bukan lagi anak Mama
.........................
Tapi bila aku dewasa, baru kusedari...
Bagi setiap "Jangan" dan "Tak boleh!" itu...bermakna Mama sayang aku
Bagi setiap "tak setuju" itu...bermakna Mama lebih memahami aku, dan
Bagi setiap hukuman itu...bermakna Mama terlalu kasihkan aku yang sememangnya anak Mama
.........................
Tapi kini...
Bila tiada lagi "jangan", "tak boleh", "tak setuju" mahupun hukuman...
Aku lebih sedar yang sebenarnya aku dah hilang segalanya...apa sahaja yang boleh diberikan oleh seorang Mama...
Mama...Aku rindu..Al-Fatihah