Woahhh, dah nak masuk bulan Mac dah! Sekejap aje 2 bulan yang pertama dalam tahun 2016 ni dah berlalu. Pejam celik, pejam celik dah sampai penghujung bulan Februari dah kita ya...
Alhamdulillah, apapun keadaan kita masih diizinkanNya untuk terus berada di mana kita berada. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan rahmah dan barakahNya.
Hmm...Tahun 2016 ni merupakan tahun kedua Aku berkecimpung dalam alam bisnes secara sepenuh masa setelah aku mengambil keputusan untuk keluar daripada comfort zone. Satu keputusan yang sukar namun tidak dapat dielakkan. Masa tu sekitar penghujung 2014.
2015, tahung pertama. Done! Berlalu tinggalkan Aku dengan pelbagai suka-duka, pahit manis orang berniaga. Naik turun, bangun jatuh dalam bisnes memang asam garam dan lumrah seperti mana kata semua orang. Kalau dulu aku anggap statement macam tu ibarat seperti angin lalu yang kerap dibaca di majalah mahupun akhbar, namun bila sendiri dah rasa, barulah tahu dan faham istilah langit ni tinggi ke rendah.
Aku bersyukur sebab masih boleh bertahan dan cuba untuk terus maju. Bak kata pepatah, bukan senang nak senang, tapi tak susah nak susah. Menjadi "orang berniaga" ni walau apapun bisnesnya cabaran dan dugaan sentiasa datang dalam bentuk apa sekalipun baik dari luar, dalam, kiri, kanan, atas, bawah. Pendek kata kesediaan untuk diuji secara 360 darjah tu sangat penting.
Eh, panjang pulak luahan entri kali ni. Yela kan, ada masa kita perlu meluahkan apa yang tersimpan moga dapat sedikit kelegaan dan mampu memberi manfaat kepada orang lain, di samping ingatan untuk diri sendiri.
Sebenarnya niat asal Aku nak kongsikan update terbaru daripada EV Media. Tapi sebab dah syok sangat menaip, panjang pula jadinya. Apapun thanks sebab sudi membaca. Sekarang sudi-sudikanlah melawat klien kami ni. Terima kasih.