Kisah Anniversary ke-2
Tue, 29 Dec 2015
Alhamdulillah, pada 21 Disember yang lepas, Aku dan Ain telah menyambut ulangtahun perkahwinan (anniversary) yang ke-2. Diam tak diam dah 2 tahun kami bergelar suami isteri dan hidup berumah tangga yang penuh suka duka, pahit manis dan sebagainya.



Ok, untuk anniversary kali ini kami telah memilih Hotel Avillion Legacy Melaka sebagai destinasi sambutan kerana terdapat satu promosi di laman webnya yang boleh dikatakan menarik dan sesuai dengan bajet kami. Ok dipendekkan cerita, pada 21 Disember tu, kami pun check-in pada lebih kurang jam 4.30 petang.

Sebaik melangkah masuk, Kami disambut dengan dekorasi sempena krismas yang disusun atur dengan baik. Suasana yang tenang dan "warmth" seakan faham tujuan kehadiran Kami ketika itu, membuatkan kami terasa sangat welcome dan feel good.

Kami terus ke kaunter untuk check-in. Sebaik sahaja proses selesai, Ain pun bertanya kepada staff berkenaan pakej makan malam kami. Staff tersebut seakan ragu-ragu namun dengan pantas berjanji akan menghubungi kami secepat mungkin. Kami yang tidak menyimpan sebarang syak wasangka terus menuju ke bilik kami tanpa banyak soal. Kebetulan pulak, masa tu Aku tengah selsema dan mula batuk dan demam, sesampai di bilik Aku terus baring dan berehat.

Sehingga jam 7 petang tiada lagi panggilan seperti yang dijanjikan. Aku minta Ain call semula bahagian reception untuk pencerahan. Namun jawapan yang kami mahu seakan tiada, dan sekali lagi janji diberikan untuk dihubungi semula. Aku dan Ain mula terasa sesuatu. Macam tak best aje. Hmmm, tapi tak apa. Kita tunggu dan lihat.

Akhirnya kami dapat semula panggilan jam 8.10 malam dan kali ni apa yang kami harapkan adalah sangat berbeza dengan realiti...

Reception : Hello Puan Ain, berkenaan dengan pakej makan malam "5 Western Course Meals" Puan, pakej tu tiada.

Ain : Kenapa pula tiada? Masa saya call untuk booking hari tu tak ada pula diberitahu pasal ni.

Reception : Tapi Puan boleh dinner di Coffee House kami, ada buffet dinner RM42.00/pax

Ain : Saya tak paham kenapa jadi macam ni? Tadi masa check-in kenapa saya tak diberitahu pasal ni?

Ain dah mula hilang sabar. Apa masalah sebenarnya ni? Lepas tamatkan panggilan yang tiada penyelesaian Ain terus mengambil telefonnya dan membuka laman web rasmi hotel. Ain pun menunjukkan pada Aku tentang pakej yang tertera. Sah memang kami tak salah. Kami booking pakej yang secara rasminya ada di laman web rasmi!

Aku tenangkan Ain. Aku minta Ain bersiap-siap. Aku cadangkan padanya agar kami dapat bercakap dengan Manager bertugas sendiri. Kami pun turun ke lobi.

Sesampai di lobi, Kami pun bertanya sekali lagi pada staff reception berkenaan pakej dinner kami tu. Sekali lagi jawapan kami hampa. Akhirnya Aku pun minta untuk bercakap dengan Manager on-duty.

Aku : Assalamualaikum Tuan

Manager : Waalaikumussalam Tuan, boleh saya bantu (sambil tersenyum)

Aku : Macam ni Tuan, saya dengan isteri ada booking pakej studio room yang ada 5 course western meal dinner. Tapi bila kami tanya staff, dia kata dinner kami hanya buffet dinner dan kena bayar harga lain. Macam mana tu Tuan? (soalku dengan tenang)

Manager : Sebenarnya Tuan, pakej yang Tuan cakap tu hanya akan bermula pada 24 Disember. Tapi tak apa, Tuan masih boleh dinner sekarang, saya minta pihak Coffee House extend time sampai 9.30.

Aku dan Ain speechless!

Ain : Tapi saya dah pakej ni melalui laman web rasmi Avillion.

Manager : Saya faham tapi, mungkin Puan buat booking melalui website agent.

Aku dah rasa mula nak naik angin, tapi cuba bertenang sebab tak nak spoilkan mood

Aku : This is not right. Kami yakin kami tengok dan book di laman web rasmi hotel ni. Jadi you nak kata kami salah ke ni? (soalku dengan tegas sebagai seorang customer kaedahnya)

Manager : Bukan Tuan, saya faham. (Masih cool dan tersenyum)

Aku : Tuan, we come all the way from Johor just to celebrate our anniversary here. I think its not fair to just simply...(*boleh pulak aku speechless kat sini). Hmmm, macam mana Tuan, Kami dah buat full payment ni?

Manager : Ok saya boleh reduce kan harga pakej tu, Tuan just bayar harga bilik sahaja.

Ain : Macam mana dengan 5 course meal tu? Saya nak juga yang tu, sebab tu saya pilih pakej ni.

Manager : Ok Puan, bagi saya masa sedikit saya nak bicang dengan Manager Coffee House.

Aku : Boleh Tuan, take your time please.

Aku dan Ain pun duduk di sofa lobi sambil menunggu. Aku sempat browse website rasmi hotel dan sah memang ada tertera berkenaan promosi tu (sekarang link tu dah tiada).

Seketika kemudian...

Manager : Tuan, Puan. Ok saya dah bincang dengan Manager Coffee House, dan saya akan minta staff buatkan 5 course meal tu. (*sambil mempersilakan kami ke sana)

Aku dan Ain mengambil tempat. Ketika tu Coffee House agak sesak sebab ramai yang sedang dinner. Aku kira ada program anjuran organisasi tertentu. Kemudian datang waiter membawakan menu untuk course meal diikuti dengan Manager tersebut.

Manager : Tuan, Puan. Saya dah bincang dengan Manager sini. Tapi untuk malam ni hanya menu ini sahaja yang available. Please take your time.

Manager tu pun terus berlalu ke satu sudut sambil berbincang dengan beberapa staff Coffee House. Kami pun membelek-belek menu. Terpancar rasa hampa pada wajah Ain kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian. Namun...

Aku : Sayang, macam mana? nak proceed dengan menu ni or kita just makan aje buffet dinner ni?

Ain : Abang, kita makan buffet dinner aje lah. Kesian pulak kat diorang. Ain rasa macam bersalah pulak asik push diorang. Lagipun menu yang ni macam tak best je, hehe (Sambil melihat ke arah Manager dan staff)

Aku : Serius ke Sayang? (Sambil tersenyum)

Ain : Hmmm...yep! Ain rasa kesian dan bersalah pulak, lagi pun Manager tu betul-betul bagus dan pro. Rasanya tak payahlah susahkan dia lagi. Kita nak happy bukan nak cari pasal kan?

Aku : Tulah Abang pun setuju. It's your call, Sayang.

Aku pun bangun ke menuju ke Manager.

Aku : Tuan, boleh cakap sekejap.

Dia pun mengikuti Aku ke meja kami.

Ain : Kami dah decide, kami go on dengan buffet dinner ajelah.

Manager : Its OK, I dah arrange dah untuk dinner seperti yang you request.

Aku : Takpe Tuan, kami ok. Lagipun kami rasa bersalah pula sebab susahkan you. Lagipun bukan silap you.

Aku pun menunjukkan laman web yang mana terteranya promosi yang menjadi kontroversi. Sambil aku menyatakan yang apa yang dia dah buat tu cukup membuatkan Aku dan Ain terharu. Sangat professional dan berhemah.

Dia pun mengucapkan terima kasih atas keputusan kami tu. Disebabkan insiden ini, jam pun dah menghampiri 8.50 malam dan kami cuma ada 40 minit sebelum buffet dinner ditutup. Aku dan Ain pun makanlah apa yang ada. Menikmati dinner sempena Anniversary yang ke-2. Alhamdulillah.

Sedang kami makan dan berbual-bual. Muncul seorang waiter bersama dengan 2 dessert iaitu cheese-cake dan aiskrim. Serentak itu muncul Manager tersebut sambil tersenyum



Manager : Tuan, Puan. Dessert ni dari kami sebagai tanda mohon maaf atas kesulitan dan sempena Anniversary Tuan dan Puan. Dan saya juga telah extend kan waktu check-out Tuan. Esok boleh late-check-out.Terima kasih dan sekali lagi saya mohon maaf.

Aku dan Ain terkesima dan terharu. Tak disangka-sangka. Aku pun terus bersalaman dengan Manager tersebut dan bertanyakan namanya. Nama beliau ialah Mr.Shahrizal.

Situasi yang pada mulanya hampir tegang, akhirnya dapat disudahi dengan kelegaan dan senyuman. Well, satu pengalaman yang rare terutamanya ketika menyambut Anniversary. Kebah terus demam Aku. Hehehe.

Pada keesokan harinya Ketika kami nak check-out, Mr. Shahrizal ada dikaunter. Sebelum Kami beredar, kami dihadiahkan dengan sehelai t-shirt program amal Hotel Avillion beliau juga memberikan no. telefon peribadi serta berjanji akan memberikan pakej istimewa untuk kunjugan akan datang. Terima kasih tak terhingga...

Apa yang menarik untuk Anniversary kali ni, satu pengajaran iaitu SABAR. Bila difikir balik, tanpa sifat sabar dan tolak ansur kedua-dua pihak, pasti keadaan akan berakhir sebaliknya. Kami mungkin akan kecewa dan marah, pihak hotel juga bakal mendapat reputasi yang buruk. Tak mustahil berlaku pertengkaran bahkan pergaduhan! Alhamdulillah, malam itu berakhir dengan baik.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas buat Mr.Shahrizal, Manager On-Duty pada 21 Disember 2015. Di atas sikap professional dan toleransinya dalam menangani masalah berbangkit. Syabas juga bagi pihak Hotel Avillion Melaka. Bagi pihak Hotel Avillion, Kami mengharapkan agar sebarang publisiti melalui laman web rasmi supaya disemak sebaik mungkin sebelum dipaparkan pada pihak awam,bagi mengelakkan salah faham dan kontroversi pada masa hadapan seperti mana yang telah berlaku kepada kami.

Ok tu aje kot...Terima kasih sebab sudi membaca! Hehehe.

P/s: Mr.Shahrizal ni ada iras penyanyi Black!
View Archives | Back to Top