Polis Evo : Selepas Sebulan Tayangan
Sat, 17 Oct 2015
Hari ni genap sebulan tayangan Polis Evo. Jarang sangat kita tengok filem Melayu mampu bertahan selama ini di pawagam. Biasanya habis lama pun 2 minggu, ada tu tak sampai seminggu pun ada. Tapi tidak untuk Polis Evo. Tabik!



Bagi anda yang dah tonton Polis Evo ni mesti anda tak hairan kan? Tapi bagi yang masih sceptical atau ragu-ragu, ada baiknya pergi tonton secepat mungkin, sementara masih ditayangkan di pawagam. Bukan apa, dia punya feel tu tak sama kalau tonton CD atau TV, hehehe. Lagi satu, serius tak rugi duit beli tiket tu, sebab memang Best!

Pada asalnya Aku sendiri pun macam, "hmm...ye ye aje cerita ni" Tapi bro, lepas Aku tonton dengan zaujati dan ipar duai masa kat East Coast Mall, Kuantan hari tu. Aku rasa sangat berterima kasih kepada mereka yang dok share trailer dan link Polis Evo ni. Rasa sangat terhutang budi! Hahaha.

Well, nak story lebih-lebih pun rasanya macam dah lambat, hehehe. Tapi lepas tonton filem ni, one thing for sure, orang kita sebenarnya mampu nak buat sesuatu yang "Wow!" tak kisahlah dalam apa bidang sekalipun, cuma yang menjadi masalah dan halangan adalah orang kita jugak sendiri! You know what I mean...but if you don't know...abaikan ajelah, pfft!

Apapun syabas dan tahniah kepada Tuan Direktor Ghaz Abu Bakar. Anda memang terbaik!*2 thumbs up!

P/s: Teringat kata-kata beliau masa sesi kritik group kami dalam kelas MPM2013 (Media Production).."Guys, you are lucky because the audiences like you!"
View Archives | Back to Top