Walaupun tampil dengan pelakon baru, Rupert Friend dan bukannya Timothy Olyphant sebagaimana filem yang sebelum ni, nyata membawa satu mood yang berbeza tanpa menjejaskan aura Hitman itu sendiri. Selain itu, untuk filem kali ini watak Diana, lakonan Angelbaby (wanita yang hanya kita dengar suaranya sahaja) turut dipaparkan walaupun sekejap-sekejap.
Hero dulu, Hero sekarang
Berkisar tentang organisasi yang mencipta manusia baru dengan kelebihan dan kehebatan melampaui insan normal untuk dijadikan "Ejen" dan pembunuh upahan yang sangat mahir. Namun begitu pertembungan antara masa silam dan kini telah mencetuskan konflik yang mana membawa impak yang lebih besar dan menggerunkan. Siapa kawan, siapa lawan? Emosi dan krisis identiti adalah antara intipati cerita ini.
Jalan cerita yang pantas, mencabar, dengan adegan, aksi serta lokasi yang menarik termasuk di Singapura memberi impak dalam perjalanan cerita kali ini. Tembak menembak, darah sana sini, terma teknologi dengan jalan cerita yang membuatkan kita ligat berfikir serta sentiasa tertunggu-tunggu What's next?.
Namun begitu dek kerana cerita ini memang padat dengan aksi yang agak brutal, makanya tontonannya kurang sesuai bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun, hmmm...
Apa yang menarik, seperti di dalam cerita Mission Impossible : Rogue Nation yang juga telah Aku tonton baru-baru ni adalah "Geng Jahat" turut dinamakan dengan nama yang sama. Kebetulan, atau memang satu realiti? Wallahua'lam...Kalau nak tau kenalah pergi tonton, hehe.
Apapun bagi penggemar action movie dan gamers yang pernah main game Hitman ni, disarankan untuk menonton. Sebab apa? Sebab bagi Aku cerita best.
Aku bagi 4/5 Bintang..ssSaAapPp!