It's new year oledi ! Tahun Kambing sudah mari, maa!
Macam orang lain, Aku dan Zaujati mengambil peluang cuti panjang ni untuk balik ke kampung sebelah mertua Aku di Maran, Pahang. Alhamdulillah, sesekali balik kampung dengan hiruk pikuk sedara mara, riuh rendah anak-anak buah memang best dan dapat jugak release tension katanya.
Selesai aktiviti bersama diorang, Aku dan Ain mengambil keputusan untuk spend masa together-gether di Mentakab. Kitorang jalan-jalan, karaoke berdua (buat pertama kalinya, heheh ), dan of course, menonton wayang di Star Mall, Mentakab.
Kali ni kami ambil keputusan nak tonton Dragon Blade. Sebabnya, kami dah terpandang poster movie ni masa kami tonton Jupiter Ascending hari tu.
Mujurlah Ain setuju lepas Aku yakinnya bahawa movie ni best sebab ada Datuk Jackie Chan dan budak Super Junior (KPOP) tu, Choi Siwon, hehehe.
Anda semua pasti kenal Datuk Jackie Chan bukan? Kebanyakan filem yang dibintangi beliau adalah filem yang penuh aksi dan ada unsur komedi yang sememangnya menarik perhatian penonton tak kira tua atau muda.
Dalam filem Dragon Blade ni apa yang beliau bawa adalah sesuatu yang lebih daripada biasa.
Kalau tengok daripada poster, secara umumnya memang dah boleh dijangka bahawa cerita ni berlatarbelakangkan negara China pada zaman dahulu namun kehadiran beberapa pelakon barat dengan imej Empayar Rom pastinya menimbulkan tanda tanya. China? Rom? Hmm...
Aku terus berfikir...Bukankah Empayar Rom dan China terletak jauh antara satu sama lain? Macam mana boleh ada kaitan? Semua soalan ni berlegar di dalam kepala aku sebelum tayangan bermula sambil menguyah pop-corn.
Tiba-tiba keadaan menjadi gelap...dan kisahnya bermula begini...
Huo An, seorang yang mahir dengan seni mempertahankan diri, berdedikasi, jujur dan berintegriti. Beliau merupakan ketua Skuad Perlindungan yang diamanahkan untuk menjaga Jalan Sutera (Silk Road) serta menyelesaikan sebaranga pertikaian antara puak.
Walaupun begitu beliau dan skuadnya telah dituduh dan difitnah melakukan pengkhianatan, yang mana telah ditangkap dan dihantar ke Wild Geese Gate yang terletak di tengah-tengah Gurun Gobi untuk menjalani hukuman.
Semasa menjalani hukumannya, satu Legion askar Rom yang diketuai oleh Jeneral Lucius telah muncul dan cuba untuk menggempur serta mengambil alih bandar untuk bekalan makanan dan tempat berteduh.
Satu pertempuran berlaku diikuti dengan satu pertarungan satu lawan satu yang mendebarkan antara Huo An dan Lucius telah berlaku. Namun satu situasi telah berlaku yang mana mengubah Huo An dan Lucius daripada lawan kepada kawan.
Dari situlah Huo An mendapat tahu bahawa Lucius dan legionnya merupakan pelarian dan sedang melindungi seorang putera muda daripada kekejaman Jeneral Tiberius yang zalim.
Apa kesudahan cerita ni? Terus ke pawagam berdekatan anda! Lakonan mantap Jackie Chan, Adrien Brody,John Cusack, Lorie Pester, Choi Siwon, Lin Peng, Amanda Wang dan ramai lagi.
_______________________________________________
Komen Saya :
Saya suka semua tentang Dragon Blade! Daripada barisan pelakon, jalan cerita, plot cerita...segalanya!
Setiap adegan seni mempertahankan diri dan pertempuran yang mendebarkan diolah dan digarap dengan baik dari satu scene kepada scene yang lain.
Scene kegemaran saya ialah ketika pertempuran terakhir yang mana menampilkan pasukan tentera Rom dan semua puak yang terlibat. Penuh aksi, realistik ditambah dengan kombinasi pukulan gendang yang berlainan daripada pelbagai etnik. Bagi saya memang "A"!
Tapi above all, apa yang paling saya suka pasal movie ni ialah...mesejnya. Ya, mesej perpaduan! mesej bersatu teguh, bercerai roboh! mesej tentang kesatuan tanpa mengira latar belakang. Unite and Fight!
Inilah yang membawa kelainan dan perbedaan yang ketara antara Dragon Blade dengan movie martial art yang lain.
Apapun, saya sekali lagi tegaskan bahawa berdasarkan pandangan dan pendapat peribadi. Saya suka! RESPECT!
Saya bagi 9.5/10!