Alhamdulillah! Itu sahaja yang aku dapat lafazkan sebaik sahaja menerima berita tentang kelahiran baby boy pertama adik aku, Epi.
Sebenarnya aku pun tak tau nak taip apa lagi, sebab perasaan aku sungguh gembira dan terharu apabila menerima perkhabaran gembira ni.
Tahniah diucapkan kepada Epi dan Iza atas kurniaan ini. Pak Long Orell dan Mak Long Ain mendoakan dan mengharap agar Baby-E ni akan menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Comelkan? Macam Papa dan Mama dia, hehe. Disebabkan Papa dia belum beri green light untuk dedahkan info lain termasuk nama, rasanya cukuplah setakat ni dulu...
P/s: Rindu pada Arif Iskandar :(