Hello World!
Fri, 12 Dec 2014
Salam sejahtera buat anda semua, pheww...Bak kata Ajib, "Malik is back! Malik is back!", hheheh. Macam tu lah aku, finally I am back after a very long long "hiatus". Apapun syukur pada Allah, atas segala limpah kurniaNya. So apa cerita ni? Lama tak update kan?

Ok, sekarang Aku dan Ain dah menetap di Segamat. Satu kelegaan bila permohonan pindah Ain diluluskan dan dipermudah. Alhamdulillah.

Aku pulak? Haaa!! ni nak habaq mai ni...

Beberapa bulan yang lepas, berlaku sesuatu yang tak best, namun dah boleh dijangka, PG Comms telah membuat satu rombakan besar terhadap struktur syarikat yang mana sebahagian besar daripada stafnya telah ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yang jelas. Well, what to do, dah takde rezeki di situ. Bermulalah anjakan baru dalam karier Abang Wan, Kak Niza dan Lim Tat dan aku sendiri.

Ringkaskan cerita, sekarang aku memilih untuk bekerja sendiri. Walaupun ada dapat beberapa offer kerja, aku rasa aku terpaksa lupakan atas beberapa sebab yang hanya aku aje yang tahu.

Tapi apapun, Aku selalu berpegang pada "Rezeki tu bukan Boss atau Company yang bagi, tapi Allah". Aku akui, aku tak kaya, tapi selagi kita percaya pada rezeki yang kita usahakan, itu dah cukup menenangkan hati sekaligus menambahkan semangat untuk terus mencari rezeki di bumi Allah ini.

Ok, cukuplah untuk warm-up kali ni, stay tune ok! Chiow!
View Archives | Back to Top