Suprise!!
Wed, 18 Jun 2014
Alhamdulillah, berjaya jugak siapkan design baru edisi CSS ni, Yes!!

Diam tak diam dah sebulan lebih tak update, tudia!! Hehehe. Kalau nak diikutkan, masa lapang tu boleh dikatakan sentiasa ada dan memang macam-macam cerita aku nak kongsi, tapi kebelakangan ni susah betul nak dapat mood untuk mengarang. Maybe sebab lepas berumah tangga ni, dalam kepala ni berlegar 1001 hal dan isu kot, chewah!.

Sebenarnya, entri ni sepatutnya dah di update 2 minggu lepas. Tapi, dalam masa tu aku ada beberapa hal perlu diselesaikan termasuk busy nak menyiapkan design dan coding terbaru ni, maka terpaksalah ditangguhkan sehingga ke hari ni.

Alkisah, 5 Jun yang lepas aku pergi ke ofis sebagai seorang "birthday boy", hehe. Walaupun happy sebab hari tersebut birthday aku, dalam masa yang sama ada sikit rasa bengang sebab gaji tak masuk-masuk lagi.Grrr! Aku memulakan langkah ke ofis dengan harapan cheque gaji akan sampai pada hari tersebut.

Sesampai di ofis, yang ada cuma Chitra sahaja. Sambil senyum, aku pun say "hai" pada dia yang sedang bersarapan. Aku on laptop. Dalam hati tak sabar-sabar nak dengar door bell ofis berbunyi, kerana itu adalah petanda yang brader courier sudah sampai bersama cheque gaji kami.

Namun sehingga jam 11.00 pagi, masih tak berbunyi door bell tersebut. Arhhh! Kegembiraan dan ketenangan aku sebagai "birthday" menjadi semakin pudar apabila aku terdengar satu suara yang tak mahu didengari dan yang tak asing lagi, iaitu suara Mr-(so-called)-Consultant. Dan suara itu memanggil nama aku! Demm!

Walaupun tak suka, namun aku tetap berpaling ke arahnya sambil menjawab "Yes" dengan professional sekali.

"You have package", sambung dia sambil menuding ke arah pintu ofis." "Eh! Ada package?"Dengan rasa sedikit pelik aku pun ke pintu ofis. Ada seorang brader Pos Laju dan ada sebuah kotak. Bila aku periksa, memang untuk aku! Aku pun sign, terus bawa masuk kotak yang mengundang persoalan.

Bila aku tengok ruangan "sender" pada slip Pos Laju tu...

Ya Allah! Terkejutnya aku. Masa tu, hanya Allah aje tau, betapa gumbiranya perasaan ini. Dan pada saat tu jugak aku dapat rasa dan faham perasaan yang mana orang selalu sebut "SUPRISE!!"


Inilah kotak yang diperkatakan itu...




Inilah isi kandungannya...


Alhamdulillah, di saat aku stress menanti cheque gaji, di saat itulah sampai sesuatu yang sangat "Suprise!!", hehehe.
Trillion Terima kasih Miss Zaujati, Thanks for the lovely suprise. I<3 U :)

Tak lama lepas aku unwrapped hadiah tu. Kedengaran door bell berbunyi. Yes lah! Kali ni barang yang ditunggu pun dah sampai.
Lepas settel apa yang patut, terus aku ke KLCC untuk urusan bank-in pula.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
View Archives | Back to Top