Outing Hari Pekerja 2014
Fri, 2 May 2014
Hari Pekerja 2014 lebih kurang macam 1 Mei tahun lepas jatuh pada tengah-tengah minggu. Aku tak plan nak ambil cuti Hari Jumaat sebabnya Sabtu aku kena kerja. Lagipun aku akan ambil cuti panjang untuk holiday hujung bulan nanti.

Ok macam tahun lepas, aku spend masa dengan Abang Wan dan family kat Seremban. Tapi tahun ni aku plan nak outing secara solo, chewah!

Outing aku bermula seawal 11 pagi. Aku ke Hospital Pantai Ampang untuk melawat biras aku, Abang Tam (abang ipar wife) yang kemalangan sehari sebelum tu. Wife aku tak dapat datang kerana faktor jarak dan juga kesihatannya yang tidak mengizinkan. Ketika aku sampai, Kak Teh sekeluarga pun sudah sampai lebih awal. Kami saling bertanya khabar sambil berbual hampir satu jam. Kemudian aku meminta diri untuk urusan seterusnya.

Aku terus menuju ke stesen LRT. Aku perlu ke Jalan Pekeliling untuk beli tiket bas ke Raub Sabtu nanti. Kali ni aku tak nak ambil risiko tiket abis lagi. Tidak!!! Hehee.

Suasana sangat sesak. Ni first time aku naik LRT masa public holiday, fuhh..Tak sangka. Aku ingat jalanraya aje jammed, public transport pun sama!. Macam biasa daripada LRT Sungai Besi ke LRT Titiwangsa akan ambil masa dalam 20-25 minit. Sebaik aku turun LRT, aku dapati begitu ramai manusia sedang beratur untuk beli tiket. Aku teruskan menapak ke ke kaunter. Sesampai ke kaunter Pahang Lin Siong sekali lagi aku terkejut melihat barisan manusia yang beratur panjang. Nak tak nak aku kena beratur jugak lah. Perhh, yao mo kao cho!

Hampir setengah jam jugak aku dalam queue. Akhirnya sampai jugak turn aku. Lega dapat beli tiket. Hehe. Masa tu dah pukul 2 petang. Wah! patutlah perut aku dah lapar semacam aje. Aku pun cepat-cepat kembali ke LRT dan terus bergerak ke LRT Sungai Besi tempat aku park kereta. Sesampai sana, aku tengok kereta aku, Ya Allah, kotornya. Baru aku sedar yang dah beberapa minggu aku tak "mandikan" Si Putih ni. Walaupun perut lapar, aku gagahkan jua diri ini untuk pergi carwash dulu demi Si Putih.

Dalam 3.30 baru selesai "mandi". Barulah sedap mata memandang, kembali bersih dan bersinar!. Tetiba aku terasa nak makan Texas Chicken. Dah lama aku mengidam sebenarnya, cuma tak berkesempatan aje nak pergi. So kali ni aku nekad nak try jugak, ditambah dengan perut lapar tahap Maximus Decimus Meridius ni. Aku terus ke Mines.

Again! And again! Manusia dan kereta di mana-mana! Eee!! Nyampahnya!! Arhh! Sekali lagi beratur panjang! Melihatkan keadaan yang sebegini rupa. Aku batalkan niat nak makan Texas Chicken. Aku terus drive ke Aeon Cheras Selatan, kununnya dengan harapan tidaklah sesak macam Mines, tapi memang takk aaa kan? Sama aje. Semua sesak!

Aku makin tension, erhh! Nak ke mana ni? Sana sini jammed ni! Last-last aku nekad aje lah. Redah aje lah Mines. Mengidam punya pasal kan? Heheh.

Diringkaskan cerita, alhamdulillah dapat jugak aku makan Texas Chicken ni. Tengok jam dah pukul 4.45. Tu dia lunch dekat pukul 5. Hahah.


Sedap!

Secara keseluruhannya, boleh tahan jugaklah. Tapi still, coleslaw KFC still the best for me...Oh ya, lupa nak beritau, kat sini pun ramai orang! Terpaksa aku share table dengan satu uncle Cina ni yang datang satu family.

Terserlah semangat perpaduan dan 1Malaysia di situ. Di sebalik kesesakan manusia dan kenderaan yang boleh menaikkan darah, ada masa kita terlupa antara nikmat Allah di Malaysia ni ialah, perpaduan, kesatuan dan toleransi sesama kita.

Selesai makan, burbb.."Alhamdulillah". Aku pun beredar.

P/s: Moral : Usaha tangga kejayaan! No pain, no gain. :D
View Archives | Back to Top