Sejak aku kahwin ni dah lama tak balik pagi-pagi macam masa bujang. Sambil layan MP3 aku terus drive sampai masuk highway Plus melalui Tangkak.
Aku cat-nap seround dalam setengah jam kat Petronas Hentian Pedas. Lepas tu aku ssSsapP! terus gerak semula.
Sebaik sahaja melalui Nilai, aku tengok awan semacam aje. Aku mula ingat mungkin tu proses pembenihan awan kot...tapi bila aku semakin dekat, aku nampak ni...
Ini bukan pembenihan awan, tapi asap tebal!
Kenderaan lain semakin perlahan, begitu juga aku. Bila semakin hampir aku semakin pasti ada kebakaran sedang berlaku, sehingga aku lihat ini...
Kemalangan dan kebakaran!
Pada ketika itu beberapa kenderaan bomba dan Hazmat turut kelihatan. Aku pulak yang nerves, apa yang terbakar ni? Sambil drive sambil dok usya, sampai la bila dah dekat....rupanya ada Lori besar terbakar. Apa muatannya aku tak sure, tapi dari pemerhatian aku, kebakaran itu dipadam dengan semburan buih. Ini mengingatkan aku pada satu kemalangan yang pernah berlaku juga di PLUS Highway pada tahun 2010, (Baca di sini) yang mana kenderaan tersebut sarat dengan bahan kimia. Apakah lori yang sedang terbakar di depan mata aku ni turut sarat dengan muatan kimia? Wallahu a'lam.
Dek kerana banyak sangat pikir masa melintasi tempat kejadian, maka aku pun terlepas peluang nak snap gamba lori-is-on-fire itu...Arhh...rugi!!Sorry ya... :(..hahah
Aku pun meneruskan pemanduan, kali ni dengan lebih berhati-hati sambil meletakkan handphone aku ke tempat asalnya.
Diharapkan berita ini disiarkan di media arus perdana untuk info lebih lanjut. Macam manalah nasib driver lori tersebut? Sekian dulu laporan saya untuk ORELLVOLUTION- Blog.