Can you speak Malay?
Tue, 25 Feb 2014
Macam biasa, aku naik bas 7.30 pagi daripada Raub terus ke Stesen Jalan Pekeliling. Sepanjang perjalanan aku tido tanpa mempedulikan keadaan sebab mengantuk. Sesampai Pekeliling, lepas perbetul-betulkan rambut dan riak wajah, aku akan turun bas dan bergerak ke Stesen LRT Titiwangsa pula.

Aku pun menapak dan menapak sehingga ke eskalator. Depan aku ada seorang brader Melayu ni. Daripada penampilannya yang bersahaja dengan beg galasnya, bolehlah dijangka yang beliau seorang studen kolej dan berusia sekitar 20-an.

Sesampai aje di platform atas, brader ni menoleh ke arah aku sambil bersuara...

Brader : Excuse me, can you speak Malay?

Aku : Yes, ok.

Brader : Actually I'm a student of ****** Kolej. I want to go back to Kuantan. I went to Plusliner counter to buy the ticket, but my money is not enough. I called my father and asked him some money, but no ATM nearby.

Aku : Ok, but how can I help you?

Brader : I have this Touch and Go card with RM28.00 inside. I sell for RM20.00 only. Please.

*Stop walking and looked to his face

Aku : I'm sorry, I can't help you because I also don't have enough cash. Sorry ya.

Sambil terus berlalu....
_________________________________________________

Seriusly aku memang nak tolong brader tu. Tapi kan bila aku nak bawak keluar wallet aku...Oh, Demm! dalam wallet aku cuma ada RM9.00 aje...tak cukup nak beli kad tu...

Terasa kesian pada brader tu, tapi nak buat macam mana aku memang tak dapat nak tolong.Aku meneruskan langkah ke stesen LRT.

Masa dalam tren, aku tersenyum sendiri mengingatkan insiden tadi terutamanya soalan pertama dia "Can you speak Malay?"

Ironinya, walaupun aku menjawab "yes" perbualan kami berterusan dalam bahasa Inggeris sehingga ke ahirnya. Aku pun boleh pulak layan dan speaking sama walaupun aku boleh aje nak bercakap Bahasa Melayu...hahaha

Apapun aku harap Allah bantu dia supaya dia dapat balik ke Kuantan dengan selamatnya, insyaAllah.

View Archives | Back to Top