Selesai acara potong kek, kami pun makan la kek birthday tu beramai-ramai. Kemudian keluar lunch bersama di sebuah restoran berdekatan.
Sambutan yang sederhana tapi bermakna...
Kemudian, seiring waktu berputar. Event seterusnya pun menjelma di sebelah petang selepas ofis hour. Mengambil tempat di restoran yang sama ketika majlis farewell Jep. Suasana bermula ceria dengan borak-borak dan gurau senda, diikuti dengan makan makan sehinggalah sesi berikutnya iaitu ucapan dari setiap orang dan Anis sendiri.
Aura kesedihan mula terasa pabila setiap orang meluahkan rasa sebak dan sedih atas perletakkan jawatan Anis untuk berhijrah ke tempat yang lebih baik. Suasana agak hening seketika di meja panjang kami, walaupun suasana restoran tersebut makin riuh dengan kehadiran lebih ramai pelanggan. Titisan air mata turut gugur dalam suasana yang boleh dikatakan agak menyentuh jiwa itu.
Namun babak sedih ini segera kami akhiri dengan senyuman dan harapan semoga Anis terus success dan berjaya di hari muka. Sebagai penutup tirai majlis, acara penyerahan cenderamata dan tanda hati dari kami telah disempurnakan oleh Bos kami, Kak Haniza dan P.A nya Kak Eikha. Seterusnya majlis bersurai.
Looks happy yet so sad
My personal comment..."She's among my best colleague ever...and she's always be positive.".
Sekian dulu laporan saya Ezral dari Division Pengiklanan dan Promosi untuk blog.ORELLEX dari Southcity.
P/s: Sekarang ada degree je tak cukup bro... kena positif, baru boleh kerja...