Engaged!
Wed, 10 Jul 2013
Alhamdulillah, setinggi syukur pada Allah atas kurniaanNya, majlis pertunangan Aku dengan Nurul Ainshah telah selamat berlangsung pada 7 Julai 2013 yang lepas.

Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada Abah, Mama, Adik, Iza dan seluruh ahli keluarga yang membantu dalam apa jua bentuk serta yang hadir untuk memeriahkan majlis. Terima kasih banyak-banyak.



Semoga majlis yang mendatang lebih dipermudahkan, insyaAllah.

Oh ya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan al Mubarak dan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan sama-sama menikmati keberkatan yang telah dijanjikan Allah.

View Archives | Back to Top