Je je je rebuuuu....
Mon, 24 Jun 2013
Hari ni aku mulakan perjalanan dari Segamat sekitar jam 6.50 pagi. Dalam hati ni, terdetik jugak "Selangor tak cuti ke?" hehehe. Maklumlah jerebu dah makin kritikal dan daerah Muar dan Ledang dah diisyhtihar darurat petang semalam.

Aku terus meluncur laju dengan Sang Saga Putih ku. Jalan raya agak lengang kerana sekolah-sekolah telah diarahkan tutup. Namun begitu aku tetap berhati-hati kerana keadaan sangat berkabus. Kabus tebal bai!

Sehinggalah sampai ke bandar Ledang (Tangkak). Walaupun dah diumumkan sebagai darurat, namun bagi sesetengah penduduk aktiviti mereka tetap dijalankan seperti biasa....


Bandar Tangkak


Namun begitu jerebu semakin tebal apabila aku semakin mendekati Plaza Tol Tangkak.


Plaza Tol Tangkak


Jerubu terus menebal dan menebal....


Melaka (Lebuhraya)



Menghampiri Seremban



Sehinggalah aku keluar melalui Plaza Tol Nilai Impian keadaan masih dan sangat berjerubu. Perjalanan diteruskan sehingga ofis aku di Cyberjaya.


Exit Plaza Tol Nilai Impian


Namun begitu, disebalik kecanggihan teknolog kemunikasi dan multimedia, aku dapati masih ada segelintir rakyat yang terlepas daripada liputan berita terkini. Ini kerana semasa aku melalui beberapa pekan kecil sebelum memasuki tol Tangkak, aku terlihat beberapa ibu-bapa/penjaga yang sedang bergegas untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Apakah mereka tidak tahu bahawa sekolah ditutup bermula hari ini? atau mereka, hmm apa jua alasannya, diharapkan supaya komuniti sekeliling perlu peka dalam menyebarkan informasi penting demi pengetahuan sejagat.

Sekian dahulu laporan dari saya, Orelle Ezral untuk blog.ORELLEX.com.
View Archives | Back to Top