Awal Bulan Mei...
Wed, 15 May 2013
Wohh! Dah sebulan lebih rupanya aku tak menaip sebarang entri baru untuk blog tercinta ni. Anyway, apa khabar semua? Harap anda semua ok dan baik-baik saja ya.

Baru-baru ni aku kinda busy menyiapkan website company tempat aku bekerja. Kalau anda nak tengok website baru tu, boleh klik sini.

Ok, berbalik tajuk di atas "Awal Bulan Mei..." yang bermakna awal bulan 5 hari tu. Ya, bulan 5 bukan 4 atau 3, hehehe...

1 Mei seperti yang semua tahu adalah cuti umum hari pekerja. Sebab cuti hanya 1 hari dan jatuh pada pertengahan minggu, maka aku tiadalah dapat pulang ke kampung halaman tapi sekadar melepak di Seremban, rumah Abang Wan. Aku memang selalu ke sana untuk melepak sambil melayan gelagat anak-anaknya yang masih kecil. Secara tak langsung aku dah rapat dengan famili dia. So, pada hari tersebut kami cuma bersiar-siar di shopping complex seperti Tesco dan Jusco untuk mengisi masa lapang.

Semasa di Jusco, kami berlegar di ruangan permainan (toys dept.) kerana Abang Wan dah berjanji dengan anaknya Nana untuk membelikannya permainan. Sambil-sambil tu aku pun pusing-pusing sehinggalah mataku terpaku pada sesuatu! Apakah? Awek? Amoy? ....

Tidak..No..No...sama sekali bukan...tapi mata aku terpegun ke arah ini....



Hahaha...Serius! Aku macam teruja, sekaligus teringat zaman kanak-kanak dulu. Masa tu toys ni antara idaman kalbu selain daripada Starcomm dan Masks. Aku pun mencapai dan melihat harganya...

Umang ngai!!! RM 79.90! Ingatkan belas-belas aje. Hahah. Disebabkan masa tu, aku belum gaji lagi, maka dengan hati yang sayu dan tangan yang longlai, aku letakkan semula atas rak. Sambil aku berazam untuk kembali dan membelinya....

____________________________________

Seperti mana semua tahu, 5 Mei yang lepas juga merupakan hari PRU13, so sebagai warganegara yang bertanggung jawab, aku pun pulang la ke kampung halaman untuk menunaikan hak sebagai rakyat iaitu mengundi...

Ini buktinya! Hehehe




Malas nak komen banyak, yang pastinya dah undi! #inikalilah ke #lainkalilah ke...tunggu la lagi 5 tahun untuk PRU 14 pula...
View Archives | Back to Top