12.12.12
Wed, 12 Dec 2012
12.12.12. Wah memang cantik tarikh ni kan? Kalau tak cantik tak apa la? Kebetulan tarikh yang cantik ni merupakan hari pertama aku bertugas di PG Communications Sdn. Bhd iaitu sebuah company yang terletak di Cyberjaya. Mungkin korang pernah or macam pernah dengar atau lihat pasal company ni kan?

Hmmm, betul la tu...tu company tempat mula-mula aku kerja dulu. My very 1st company. Back to 2009, habis aje study, aku masuk kerja sebagai web designer. Lepas tu aku berhijrah dari satu company ke satu company yang lain sampailah baru-baru ni sesuatu telah menimpa aku. Sesuatu yang tidak bagus. Lepas tu dengan izinNya aku ditawarkan kembali kerja di PG Comms ni.

Eh, panjang pula cerita hehehe. Begitulah ceritanya walaupun taklah related sangat dengan title entri kali ni.

Diharapkan kehidupan aku akan kembali normal dan stabil dari semua segi. Aku harapkan sempena 2013 yang mendatang, aku mampu mempertingkat prestasi kerja lebih-lebih lagi bila bekerja di bawah boss dan pengurusan baru juga bersama team baru. Bukan apa, bila kerja dah ok, maka ekonomi pun ok, maka barulah boleh untuk membina kehidupan yang lebih baik, lepas tu baru boleh cerita pasal nak kahwin, hehe insyaAllah.

View Archives | Back to Top