Aku Keliru...
Sat, 13 Oct 2012
Ada masa aku tak paham kehidupan ni. Apa yang aku dah alami, tempuhi, hadapi kejap rasa macam mimpi, macam lucu pun ada tak kurang yg menyedihkan.

Kadang-kadang bila difikirkan, apa yang sebenarnya berlaku ni? Kenapa jadi macam ni? Atau relevankah pegangan kita semua ni? Antara keperluan diri dan pencapaian orang lain , masalah sendiri dan kejayaan orang lain. Saling berkaitkah?

Kini aku memang keliru dan dalam masa yg sama membuatkan aku berfikir semula. Gara-gara konflik dalaman antara nafsu dan akal, ego dan keterbukaan, serta amarah dan cinta. Semua konflik ni berakar umbikan satu paksi. MASA.

Ada masanya aku sendiri rasa macam aku ni belum sepenuhnya berusaha. Atau aku berusaha terlalu kuat dalam masa-masa tertentu. Mudah terjebak dengan amarah tanpa arah atau emosi tanpa paksi. Akhirnya aku sendiri rugi. Tapi apa pilihan aku untuk keluar dari posisi dan situasi yg macam ni?

Bila naluri sejati mengatakan ya. Mampukah akal dan seluruh yg lain mengatakan tidak? Itu satu masalah. Bila impian itu manis, tapi realiti sepahit hempedu. Itulah konflik namanya.

Kontradiksi antara realiti dan fantasi.

Apapun ketetapan diri dan hati aku, pasti berakhir dengan 2 pilihan. YA atau TIDAK. Tapi setakat ni belum berhasil, kitaran demi kitaran perbuatan dan keputusan. Bak kitaran ayam dan telur. Tanpa sudah selagi dunia berdiri bertongkat langit berpaksi galaksi. Sampai bila aku perlu terus tinggal dalam kitaran ini?

Haruskah aku duduk diam di balik tirai takdir yang tak berpenghujung? Atau aku perlu mara lagi dan lagi sehingga akhir masa? Kuatkah benteng kesabaran ku ini?

Hanya Tuhan yang tahu dan mampu membantu aku. Cuma satu harapan aku, agar aku masih berlandaskan lorong Yang Satu, Yang Maha Kuasa. Amin.
View Archives | Back to Top