KIP Mart Segamat - Kini Dibuka
Wed, 28 Dec 2011

KIP Mart Segamat- Kini Dibuka.


Hai semua, heheh. Kalau nak diikutkan title untuk entri kali ni boleh dikatakan agak outdated dah. Yelakan, KIP Mart Segamat sememangnya sudah dibuka sejak Jumaat lepas lagi, 23 Disember 2011 walaupun tarikh rasmi adalah pada Sabtu, 24 Disember.

Apapun, pertama sekali Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur dan terima kasih ke hadrat Ilahi. Tanpa izin dan limpah kurniaNya, aku percaya ini tak akan menjadi kenyataan.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang datang bukan sahaja dari sekitar bandar Segamat, bahkan dari dari lokasi yang boleh dikatakan jauh seperti Muadzam Shah, Seremban bahkan ada juga yang datang dari JB. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Oh ya, jutaan dan setinggi penghargaan untuk semua warga KIP dan KIP Mart (Tampoi, Masai, Kota Tinggi dan semestinya Segamat) yang terlibat dan banyak membantu dalam menjayakan opening KIP Mart Segamat terutamanya warga A&P - Graphic Artiste Khairol dan DJ Zam dan of kos Boss kami Mr. Nizam Hamid...terima kasih..terima kasih..terima kasih...

Kalau nak ikut-ikutkan banyak kisah dan cerita yang nak disharekan di sini, tapi masa dan mood macam mengizinkan aje.

Sebagai wakil A&P (Advertising & Promotion) , saya di sini ingin menjemput semua warganegara Malaysia untuk berkunjung ke KIP Mart, tak kiralah di Tampoi, Masai, Kota Tinggi atau pun Segamat. Ini kerana KIP Mart menyediakan pilihan yang Beraneka, Segar dan Ekonomik - Jimat Bersama KIP Mart!
View Archives | Back to Top