Kisah tengahari itu...
Wed, 16 Nov 2011
Aku terus memecut Saga Inspira Putihku. Aku kena cepat, sebelum Boss aku call semula. Aku kena setelkan kerja ni secepat mungkin! Tapi nak buat macam mana, kamera digital aku boleh pula tertinggal di rumah, demm!

Dari jauh kelihatan seperti ada sesuatu yang besar di atas jalan raya. Pada mulanya aku sangkakan ianya seperti seekor lembu atau kerbau yang terdampar di situ. Namun apabila semakin hampir, aku dapati ianya sebuah motor dan ada seorang pakcik sedang terbaring di situ!

Ya Allah! Tanpa banyak bicara, terus sahaja aku parking kereta di tepi jalan dan meluru ke arah pak cik yang sudah cedera di situ. Darah dan cebisan kulitnya memenuhi kawasan berdekatannya. Motorsikalnya juga boleh dikatakan dalam keadaan sangat teruk. Aku terus mendapatkan pak cik itu. Eh! ni Pak Jamil. Aku kenal dia sebab sekampung.

"Kenapa boleh jadi macam ni Pak Jamil?" tanyaku. Dalam keadaan separa sedar dia menjawab, "Aku terlanggar biawak beso melintas tadi, tolong aku rasa macam nak pitam ni." Aku terus bangunkan dia dan bawa Pak Jamil ke tempat yang agak redup. Aku dapat lihat dia mengalami luka luka di tangan dan kaki, termasuk di bahagian mulutnya. "Mungkin dia tersembam ke jalan kot.." getus hati kecilku.

Aku pun terus call Pak Teh aku sambil mengharap dia masih ada di kebunnya yang terletak berdekatan dengan lokasi kejadian. Malangnya dia sudah pulang, namun selepas diberitahu apa yang berlaku, Pak Teh terus bergegas ke situ. Dalam pada tu, aku turut panik bila melihat Pak Jamil semakin tak bermaya, ditambah cuaca yang semakin panas. "Pak Jamil tunggu kat sini kejap ya."

Aku terus bergegas ke rumah Pak Tahir. Beliau seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai imam di surau kampung aku. Aku terus memberi salam beberapa kali sehingga beliau muncul bersama anak lelaki bongsunya. Aku terus memberitahu apa yang telah berlaku dan kami bertiga terus bergegas ke tempat kejadian.


Pak Jamil yang masih lemah (Qualiti gambar kurang memuaskan)


Pak Tahir terus mendapatkan Pak Jamil dan memapahnya ke kereta aku. Dalam pada tu Pak Teh aku pun sampai. Kami sama-sama membantu Pak Jamil yang sudah semakin lemah itu. Dalam pada aku dan Pak Tahir memapah Pak Jamil, Pak Teh dan anak Pak Tahir tu mengalihkan motor yang separa ranap tu, dari jauh aku lihat ada sebuat kereta mewah meluncur dengan lajunya. Tanpa menghiraukan kawasan kampung, dan kami yang masih berada di kawasan itu.

Si pemandu terus memecut dengan lagaknya. Rupanya dia merupakan salah seorang anak kepada jutawan kain yang terkenal di Malaysia ni! Dia dalam perjalanan nak ke gudangnya yang turut terletak di kawasan berdekatan.

Sungguh biadab layak dipanggil manusia bermentaliti kelas bawahan! (Nama aje businessman! P*****k btul! hak tuihh!!)

Ok kembali kepada cerita tadi. Selepas masuk ke kereta, Pak Tahir dan anak lelakinya tu menyapukan minyak gamat pada luka-luka Pak Jamil, sebagai usaha mengurangkan pendarahan. Kemudian sambil diiringi Pak Teh yang hanya menunggang motor aku terus menuju ke rumah Pak Jamil.

Sesampai di sana, kami terus membawa Pak Jamil masuk ke rumah. Isterinya terkejut dengan apa yang berlaku. Pak Jamil sempat mengucapkan terima kasih kepada aku dan Pak Teh. Kami pun beransur diri.

Aku melihat jam di tangan. "Alamak, dah 12.30!" Aku terus memecut ke rumah untuk mengambil kamera digital ku sambil berharap Boss aku tak call aku sampai la aku selesaikan kerja aku tu.
View Archives | Back to Top