Ok sebelum nak cerita panjang pasal "Tahniah" tu, rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Happy Diwali untuk rakan-rakan yang menyambut Diwali baru baru ni. Semoga limpahan cahaya akan terus menyinari kita sentiasa.
Ok back to topic, pasal apa tadi? Oh, pasal Tahniah tu. Ok ok..
Lewat petang tadi, sebaik sahaja aku sampai ke rumah aku terus check email. Hari ni di ofis penuh meeting dan meeting dan meeting sampai tak sempat pula nak check email peribadi, hehe. So lepas login aku pun membaca satu persatu tajuk emel yang diterima. Baca punya baca, sampai aku kepada 1 emel ni. Kelihatan menarik...
Wah! Biar betul ni? Tapi di hati masih sangsi, bukan apa, sekarang ni banyak penyangak-penyangak online yang menggunakan nama institusi kewangan sebagai topeng untuk mengaburi mata mangsa dan menipu wang mereka.
Aku terus membaca dengan teliti. Aku perhatikan setiap inci dan patah perkataan daripada emel ini termasuk link yang diberi. Dengan pengetahuan yang ada, aku dapati link yang disertakan, tidaklah meragukan jika nak dibandingkan dengan emel-emel palsu yang pernah aku terima sebelum ni. Aku tekad dan nekad untuk klik.
Ternyata link itu asli dan memang menghala ke website yang sepatutnya. Aku terus membaca dan mengikut arahan...dan..
Hehehehe, nampaknya memang betul la. Bukan tipu. Alhamdulillah. Barulah lega hati aku. Tak sangka pula dek kerana baru buka akaun baru di Hong Leong Bank ni, merasa menang walaupun secara rambang.
Barulah aku tau rupanya ada pertandingan ni, Hong Leong Digital Banking - Better Together 329 Celebration Campaign.
Kepada pemegang akaun HLB dan mempunyai akaun untuk internet banking anda juga berpeluang menang. Jangan lupa check-it-out! Mana la tau anda pun menang juga, kan?
P/s: Berhati-hati dengan scammers terutamanya melalui emel.