Aku memandu perlahan dan terus memerhati sambil berhati-hati. Wah, BOMBA pun ada! Aku semakin saspen. Dalam pada itu orang semakin ramai dan memenuhi tebing sungai sambil memerhatikan ke arah dalam Sungai. Aku tak puas hati, namun Mama dah pandang aku semacam aje. Apa-apa hal aku kena pergi ke pasar untuk beli beras dulu, heheh.
Selepas membeli beras dan beberapa keperluan lain, aku terus kembali ke tempat kejadian. Kali ni aku terus ke bahagian seberang sungai di mana lokasi sebenar ia berlaku.
Kebetulan Mama pun tak membantah aku terus keluar sambil membawa telefon Mama, sebab cameranya 5 MP berbanding camera telefon aku yang cuma 2 MP aje.
Aku dapat meninjau dengan lebih dekat lagi.
Terbalik!
Teruk!
Sambil meninjau aku sempat bertanya pada salah seorang yang hadir. Kelihatan dia memegang camera. Sah dia memang seorang cameraman dari TV3. Menurut brother ni, Hi Lux ni terjunam dengan sendiri ke dalam sungai selepas di letakkan di tepi sungai itu. Namu syukurlah, ketika itu tiada siapa berada di dalam kenderaan tersebut.
Hi Lux ini diletakkan di sini sebelum menggelongsor ke dalam sungai
Sebahagian pemerhati dan petugas media.
TV3
Selepas mengambil keterangan itu dan snap beberapa photo, aku kembali ke kereta dan terus ke Restoran Nasi Ayam Gemas. Sekian laporan Orelle Ezral, untuk Blog.Orellex dari Segamat Johor.
P/s: Mungkin berita ni keluar berita TV3 dan Harian Metro.