Daging Salai...
Sat, 10 Sep 2011
Hari ni aku kena bangun awal sebab Mama ajak ke pasar untuk membeli lauk. Macam biasa destinasi pertama ke Pasar Awam Segamat. Mama hanya beli ikan dan kerang aje. Kemudian kami ke salah sebuah pasaraya yang mempunyai "pasar basah". Barulah Mama mula membeli beberapa barang lain termasuk daging dan sayuran.

Aku agak boring sebab kebanyakan yang beli barang masa tu adalah kategori umur yang tak sama dengan aku. Maka tak dapeklah den nak mengusya. Hmm, manalah pergi gadis-gadis manis yang muda remaja? Tak tolong parents beli barang kah? Takkan tak beli lauk kot? Hehe, nasib baiklah ada beberapa amoy yang boleh tahan la, kalau tak memang mati kutu aje aku sambil tunggu Mama beli barang dapur ni.

Sesampai di rumah Abah pula minta aku bantu dia nak sembelih ayam kampung. Setel 2 ekor ayam jantan, baik punya! Lepas siap perihal sembelih ayam, Mama suruh aku siap nak salai daging. Haa, part ni memang aku suka, lagi-lagi bab nak menghidupkan api. Sejak kecil antara aktiviti kampung kegemaran aku ialah main api. Api kecil-kecilan lah bukannya api yang besar. Bahayo tu!

Ok lepas kumpulkan dedaun kering dan dedahan kayu, aku pun menyalakan api. Api semakin marak. Namun dalam proses menyalai daging, api yang marak tidak penting.

Yang teramat penting ialah bara dari dedahanan yang terbakar itu. Bara yang panas tu menjadi kunci kepada kejayaan proses penyalaian itu.



Dalam pada aku masik sibuk menguruskan hal bara itu, cuaca makin mendung dan mendung. Akhirnya hujan pun turun. Menggelabah aku nak cari kepingan zink untuk cover unggun api dari hujan. Nasib baik sempat. Kalau tak sia sia aje usaha aku selama ni, hehe.

Maka proses menyalai daging pun diteruskan...



Sehingga selesai...




Aku yang begitu bersemangat, terus membayangkan hidangan yang enak tak terhingga untuk tengahari nanti. Tapi segalanya bagai terhempas ke batu bila Mama mengatakan bahawa daging salai ini hanya akan dimasak masak lemak dengan pisang pada keesokan hari untuk dibawa sebagai buah tangan untuk Makcik aku di Tampin. Oh Oh! Gee! Gee! Ingatkan nak masak hari ni, aduyai...

Takpela, untuk mengelakkan kempunan, aku potong secebis daging itu dan terus mengunyah sambil reply sms dan komen status fb aku, ngeee!!.
View Archives | Back to Top