Kisah French Toast...
Tue, 16 Aug 2011
Alhamdulillah, kini kita sudah berada dalam pertengahan bulan Ramadhan. Kejap aje rasanya dah habis 1st-half. Ok sebut pasal bulan Ramadhan ni pastinya anda semua mempunyai cerita atau kenangan tersendiri bukan? Ok, antara sebab aku update kali ni ialah sebab nak share satu kisah yang berlaku dalam bulan puasa baru-baru ni.

Beberapa hari lepas, hujan sangat lebat pada sebelah petangnya. Aku yang masih belum beli juadah berbuka puasa makin risau. Alah, macam mana ni? Apapun tak beli lagi, ish! Hujan makin lebat, diselangi ribut dan taufan. Nampaknya memang macam takde chance la aku nak pergi bazaar Ramadhan ni, getus hatiku.

Dalam pada tu, aku mula menyelongkar dapur. Mana la tau kot kot ada bahan mentah yang boleh dimasak untuk dijadikan juadah berbuka. Biasalah kan tinggal di rumah bujang katanya, hehe. Misi mencari macam misi mustahil kaedahnya. Tak apa, teruskan mencari dan mencari aku teruskan. Tadaa! Aku ternampak ada beberapa biji telur, dan..ada beberapa keping roti Gardenia. Aku pun dapat idea nak buat roti goreng salut telur atau French Toast kononnya. Jam pun dah 6.30 petang. Hujan makin lebat....Boleh lah!

Segalanya bermula di sini...

Kat rumah aku ni ada 1 dapur elektrik. Selama ni aku tak pernah gunakan pun. Baguk dan Jo aje yang selalu guna sebab diorang ni rajin masak walaupun nak masak maggi. Aku kalau masak maggi memang gunak old-fashiong style, rendam dalam air panas dan tutup (kaedah kondensasi katanya).

Ok berbalik cerita dapur elektrik tu, ni kira 1st time ni nak guna. Tapi tak apa, hari sebelumnya tu aku ada tengok Baguk guna, tekan itu tekan ini. Mudah!. So aku pun dengan konfiden terus kasi ON itu dapur, letak frying pan, letak sedikit minyak, pilih "Quick Fry". Zasss!!

Kedengaran bunyi yang menandakan minyak sudah panas, aku pun apa lagi terus "melongsorkan" roti pertama yang awal-awal aku dah rendam sebati dengan telur. Terus berdesir bunyi roti itu, diikuti aroma yang meyakinkan. Nice lah!

Tapi yang aku pelik, kenapa banyak sangat asap? bila aku palingkan roti tu, masyaAllah! dah nak hangus, cepat betul! Aku panik. Asap semakin memenuhi ruang dapur yang tak sebesar mana tu....

Aku terus angkat roti pertama tu dengan cepat. Dalam pada tu kedengaran seperti salah seorang housemate aku dah balik. Fokus ku sedikit lari sebaik sahaja Jo muncul. Wajah Jo terus berubah sebaik melihat asap yang semakin tebal. Kemudian nak tambah lagi terkejutnya bila api marak pada frying pan aku yang masih atas dapur tu!

"Woi!! 260�C!! Gilalah!!" dengan pantas dia terus OFF kan dapur tu...

Aku dengan Jo terkesima seminit. Kus semangat! Baru aku sedar aku tak setkan suhu seperti yang sepatutnya. Aku sambung kerja menggoreng beberapa keping roti yang masih ada. Alhamdulillah, kali ni dengan tunjuk ajar Jo, berjaya jua.


Inilah hasilnya :)



Ya Allah, syukurlah Jo balik on time, kalau tak tak taulah apa yang akan terjadi :( .

Pengajaran :
-Tak salah nak mencuba, tapi pastikan tau caranya..
-Kalau dah noob tu...noob jugak...hehe
View Archives | Back to Top