Ok malas nak cerita pasal tu, mari fokus cerita pasal hadiah ni. Sesudah aku sampai ke destinasi yang diingini aku pun terus masuk dan mula memilih-milih apakah yang patut aku berikan pada Fahim nanti.
Pusing-punya pusing, last-last aku pula yang tak reti nak pilih. Maklumlah, ni 1st time nak belikan birthday present untuk seorang budak lelaki 4 tahun. Satu pengalaman yang agak baru jugak ni, hehehe. Kalau nak ikutkan, aku sendiri rambang mata tengok segala macam toys dan games yang ada di situ.
Mula-mula aku ingat nak minta pendapat staff di situ, tapi memandangkan semua yang ada cuma staff lelaki, kosser aje aku nak tanya, hahaha. Aku pun dok pusing-pusing sambil memikirkan. Apa,apa dan apa yang sesuai. Hmm...4 tahun..boy...enegertic...smart...hmmm.
Aha! Mata aku terpandang sesuatu di situ. Aku pun menuju dan melihat-lihat. Kemudian aku berfikir sejenak...Bolehla ni. Boleh ni...
Aku pun terus ke kaunter untuk bayar dan minta staff di situ tolong wrapkan. Hehehe.
Tadaa!!! Cuba teka, apa isinya? Hehee..
Harap-harap esok (Ahad,10 Julai), tiada aral melintang, kalau tak maka tak dapatlah nak ke birthday party Fahim. :(