Injured...
Sun, 29 May 2011
Sejak 2-3 minggu ni, bila weekend aku akan follow housemate aku Jo dan Baguk ke padang untuk friendly match SDX FC. Walaupun aku bukanlah player rasmi SDX FC ni tapi disebabkan kebanyakan player aku kenal, maka terasa seronok pula melepak di petang weekend sebegini.

Minggu ni tak ketinggalan. Minggu ni friendly match kami di salah sebuah padang di UPM. Segalanya bermula indah dan permai. Persaingan antara SDX FC dan Hijau Kuning FC mengimbas memori final Champion League malam semalam. Sengit dan mendebarkan. Dari tepi padang aku, Baguk dan Reywan duduk menyaksikan perlawanan itu sambil sesekali berbual kosong dan usya-usya ramai awek cun yang turut sama ada di situ, hehe.

Dalam kekhusukkan kami menonton kami dapat melihat berlaku satu pertembungan 2 pemain kedua pasukan. Jo tercampak ke tepi padang. Terkeluar dari kawasan permainan! Reywan terus bingkas bangun seraya menjerit "Longkang!". Aku dan Baguk terkejut! Kenapa longkang?

Rupanya Jo bukan sahaja tercampak ke tepi dek pertembungan itu, malah hidungnya juga terhantuk pada bucu longkang yang ada berdekatan di situ! (Kenapalah buat longkang betul2 kat tepi line padang?) Oh dem!!

Kedengaran jeritan dari kawasan insiden meminta supaya air dan ais dibawa dengan segera. Kami (aku dan beberapa player subs) terus meluru ke sana sambil membawa air dan ais.

Setibanya kami, kelihatan darah di merata-rata. Jo sudah menanggalkan jersinya untuk menutup mukanya. Salah seorang dari player Hijau Kuning FC segera membalut beberapa ketul ais ke dalam jersi Jo itu. Ketika itu, kelihatan darah bercucuran dari hidung Jo seakan tiada penghujungnya.

Aku, Avie (Kapten SDX) dan beberapa player dari kedua-dua pasukan segera mengiringi Jo ke luar padang. Permainan pun dihentikan seketika. Semua yang ada seakan panik dengan apa yang berlaku, termasuk beberapa awek cun yang datang sekadar menonton. Yelakan, dah tengok darah mencurah-curah membasahi hampir keseluruhan tubuh Jo itu.

Aku dan Baguk terus membawanya ke kereta. Aku dengan pantas memandu ke Hospital Serdang kerana itu sahaja hospital terdekat.


Photo ini di snap sendiri oleh Jo..


Setibanya di sana, seperti yang dijangkakan memang penuh dengan pesakit yang datang dari pelbagai lapisan usia dan keadaan.

Namun syukurlan segalanya berjalan lancar bermula dari pendaftaran sehinggalah ke proses rawatan. Namun dari segi waktu menunggu, memang tak boleh nak buat apa la kan? Hehehe.

Dalam pada menunggu punya tunggu, kami juga sempat melihat para pesakit lain yang datang dan pergi. Tapi apa yang aku gembira dan bangga, dalam pada masing-masing menahan sabar menunggu giliran, masih ada yang sudi bertegur sapa bertanya kaba tentang apa yang berlaku. Aku menjawab pertanyaan mereka sambil tersenyum sambil mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk semua.


Ketika menunggu giliran...


Dalam pada itu muncul beberapa brader yang berpakaian seperti kami kaedahnya. Berpakaian seperti hendak bermain bola. Dengan salah seorangn daripadanya pun juga mengalami kecederaan di hidung! Wah, ini sudah kira sama kes. Salah satu brader tu pun menegur kami apabila terlihat Jo. "Kenapa? Main bola ke tu?" Kami hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Member saya tu kena sepak, abis hidung, hehe. Macam mana boleh kena?" Tambah brader tu lagi yang nampak lebih tua daripada kami dan memakai jersi Selangor era 90-an.

"Bertembung ni bang, dia tercampak ke luar padang, langgar bucu longkang" jawabku. Terkejut brader tu mendengar jawapan itu sambil menggeleng-gelengkan kepala, ish ish ish.


Inilah brader yang juga injured di hidung. Satu fan Barca, satu lagi fan MU...


Xua pun muncul out of nowhere. Tak sangka aku dia sampai sebegitu pantas setelah mendapat kabar berita ini. Thanks abe! Kami terus menunggu sambil bersembang-sembang sehingga Jo dipanggil masuk ke bilik doktor dan sehingga selesai semuanya dan kami pun terus pulang.

Terima kasih kepada semua yang membantu, yang bertanya khabar dan yang sentiasa mengamalkan sikap perihatin dan ambil berat. Terima kasih, terima kasih terima kasih!


View Archives | Back to Top