Kami sampai sekitar 7.15 pagi. Kelihatan orang ramai sudah mula memenuhi taman tersebut. Semua datang dengan tujuan untuk berjogging, brisk walking dan ada yang sekadar untuk menenangkan fikiran. Kelihatan juga ada yang datang sendirian, bersama teman dan juga bersama keluarga. Nampaknya kesedaran untuk beriadah memang sudah mula terkesan dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia ni. Bagus tu!
Jo mengikat tali kasut, ala atlit kaedahnya...
Ini Baguk bersama Samsung Galaxy Tab, dan sedang check in kat FB.
Kami mulakan dengan sesi regang-regangan, dan terus mulakan jogging. Kenyamanan udara pagi semestinya menggamit periadah. So tak hairanlah makin lama makin ramai yang datang. Bak kata orang putih, the more the merrier, ye tak? So, kami mulakan berjogging dengan kadar perlahan sambil menukar rentak, laju dan perlahan dan laju. Untuk pengetahuan anda, ni lah 1st time aku berjogging kat tempat awam. Selalunya kalau aku jogging pun kat dalam kebun getah dan kebun durian. Tu pun masa balik kampung aje.
Ok, potong ketam (cut the crab)! Memandangkan Jo dan Baguk orang yang aktif bersukan, tak jadi masalah sangat bagi diorang untuk jogging ni, memang maintain aje. Fit la katakan, hehehe.
Macam aku, mula-mula laju lama-lama tak laju pula sebab tak biasa lagi dengan landskap taman tu yang berbukit dan turun naik (alasan aje ni). Ditambah dah lama tak berjogging (alasan lagi, hehe). So sambil berjogging, sempat juga tengok kiri kanan, mana tau kot kot ada awek yang jogging sorang-sorang (ala-ala SNSD pula) boleh bertegur sapa kan? Tapi malangnya, harapan itu tinggal harapan, padan muka aku! Hahaha.
Ok, berbalik pada cerita tadi. Senang kata berjaya jugak aku berjongging 1 round setengah. Besar tu taman tasik tu! Ok la kot untuk permulaan. Nak banyak-banyak round pun mau pengsan dibuatnya, hehe. Selepas itu kami membuat sedikit senaman untuk tangan, kaki dan of kos untuk "six pack" kami, hehe (six pack la sangat).
Bila dah bersenam, of kos lapar la kan? So masa untuk breakfast!
Sambil terfikir nak makan apa yang best...
Kami pun singgah di sebuah restoran untuk bersarapan. Paham-paham ajelah bila lepas bersenam, so nak cerita pun tak perlu kot... heheh
,Ok setel! Burbb.Alhamdulillah...
Masa untuk pulang. Begitulah pagi Sabtu kami. Anda bagaimana?
P/s: Bersenam Kunci Kesihatan dan Kehenseman :)