Weekend Orang Bujang : Makan Durian
Tue, 5 April 2011
Hai semua. Apa khabar? Harap-harap baik saja anda semua. Hehe, sorry la yer lama tak update, tiada entri baru. Bukan apa, cuma tiada kelapangan masa jua. Maklumlah sejak bertukar ke tempat kerja baru, boleh dikatakan masa dan waktu memang digunakan sepenuhnya untuk kerja sahaja. Tak macam dulu, ada juga masa-masa lapang atau senggang katanya.

Untuk merehatkan minda yang telah letih bekerja, maka weekend adalah masa yang sesuai untuk merehatkan dan melepaskan penat dan tekanan katanya. Tapi bagi aku yang baru bekerja semula selepas 2 bulan menganggur, bajet hanyalah cukup makan sahaja. Tiadalah dapat hendak ke tempat-tempat yang best dan memerlukan bajet yang tinggi kaedahya.

Oleh yang demikian, cara yang paling mudah dan cost-effective ialah sekadar melepak dan keluar lunch bersama housemate sahaja. Kebetulan juga sudah lama kami tak hang out bersama. Maka weekend baru-baru ni, Aku, Baguk, Jo dan Pian bercadang untuk keluar makan tengahari together-getherlah! Lunch pun kat restoran biasa aje di Bangi ni, bolehla makan dan tak lah mahal sangat.

Selepas selesai makan, kami sembang-sembang kosong sambil usya awek-awek yang ada makan di restoran itu. Namun tak banyak yang boleh diusya kerana majoriti awek di situ bukanlah awek lagi sebenarnya, hehehe. Makanya kami pun beredar. Hari masih awal, sekitar jam 1 petang. Masing-masing membisu melayan perasaan.

"Jom makan durian", Jo tetiba bersuara memecah keheningan. "Makan suda jom!" jawab Baguk. Pian cuma tersengih. "Aku on je, hehe" jawab ku ringkas.

Maka bermulalah misi mencari durian. Menurut Jo, dia ada dengar cerita katanya ada port makan durian baik punya dekat dengan Sungai Chua. Dengan pantas dia memecut Saga Inspira Putihnya untuk ke sana.

Sesampai di sana, kami hampa. Tiada durian ditemui. Kosong. Namun kami tak berputus asa demi sesuap durian, kami perlu mencari dan terus mencari. Walaupun baru menolak pinggan nasi, namun serakah telah menguasai diri. Terus mencari!

Benar kata orang, Usaha tangga kejayaan. Syukurlah dari jauh kelihatan seperti ada khemah-gerai menjual durian. Semakin hampir dan hampir. Oh!Oh!Oh! Yes, memang diorang menjual durian. Dengan langkah yakin dan bergaya, kami berempat menuju ke gerai itu. Brother-brother penjual durian tu menyapa kami dengan senyuman. Salah seorangnya ada iras-iras Zizan, ala Zizan mana lagi kan?. Ah! Kami tak kisah pun, heheh. Aku segera bertanya dari mana durian ini datang, jawab seorang brother itu "dari Pahang, bang".

Hmm..bau durian-durian itu semakin menusuk hidung kami. Brother itu bertanya, nak berapa biji. Aku menjawab, belah 2 dululah, nanti tak cukup tambah (ayat coverline), sambil mengangkat kening pada rakan yang lain.

Brother tu memilih 2 biji daripada longgokan yang tersusun kemas. "RM 17 sekilo, ni baik punya bang." Kami pun mengangguk tanpa kata. Tanpa banyak bunyi, durian itu pun dibelah...


Amcam?



Nice kan?


Sebaik sahaja membaca bismillah, kami pun makan dengan penuh nikmatnya. Makan punya makan. Habis! Setel!

"Berapa bang?" tanya Jo. "Semua sekali RM 56." Tudia! Hahaha hambik! Punyalah ghairah sampai kami terlupa tengok berapa kilo durian tu sebenarnya. Namun bila fikir balik, takpe la. Durian pun superb dan dapat pulak diskaun RM1 lagipun sekali sekala aje kan? Hehehe

Kami pun pulang sambil merancang trip makan durian di rumah aku nanti pada incoming season ni.
View Archives | Back to Top