Yang Dicabut & Yang Tercabut
Sun, 6 Mar 2011
Fuhh lega bila dah ada Internet semula. Walaupun baru beberapa jam tiada akses sudah cukup membuatkan aku tak senang duduk dan tak senang berdiri.Ok, ok berbalik tajuk di atas " Yang Dicabut dan Yang Tercabut".

Pasal "Yang Dicabut". Anda nak tau apa dia? Haa...ni yang nak habaq mai ni. Semuanya bermula beberapa hari yang lepas pabila aku diserang sakit gigi yang menggila. Ish, macam budak kecil pulak. Sakit yang berdenyut-denyut bagai ada bom jangka kaedahnya. Korang paham-pahamlah kan bila dah sakit gigi, memang tension dan emosional aje rasanya. Nasib baiklah tiada siapa yang menjadi mangsa dan tercedera, heheh.

Dek kerana tak tahan, akhirnya aku pergi ke klinik gigi. Berdasarkan pengalaman, bila sakit gigi ni disebabkan ada lobang pada gigi tersebut, dan of kos lah gigi itu perlu ditampal. Tapi kali ini, jangkaan aku sedikit silap.Ya, gigi aku memang berlubang dan juga perlu dicabut! Paling tak best, ianya adalah gigi geraham bongsu atau wisdom tooth. Kenapa? Daripada cakap-cakap orang, oleh kerana kedudukannya yang terletak paling dalam maka proses untuk mencabutnya turut menjadi lebih sukar. Oh, agak nerves juga sebab dah dekat 20 tahun aku tak cabut gigi, heheh.

Atas nasihat doktor, wisdom tooth itu perlu juga dicabut. Maka dicabutlah dia. Lepas selesai proses mencabut gigi itu, sempat aku mintak kat doktor gigi aku yang malang itu sebagai kenangan...Kalau anda rasa anda kuat semangat, boleh lah tengok gambar gigi itu di bawah...






Ok, cerita pasal "Yang Tercabut" pula. Ianya berkenaan sebatang pokok durian di halaman rumah aku yang tumbang malam tadi. Sebabnya tak dapat nak ditentukan namun yang pasti ianya tercabut dari tanah. Akibatnya wayar telefon dan letrik terputus!


Inilah pokok yang tercabut itu


Jadinya seawal pagi tadi aku dan Abah aku bertungkus lumus memotong pokok ini kepada bahagian-bahagian kecil supaya senang nak dibersihkan kelak. Dalam pada sedang tekun memotong-motong dahan dan batang pokok tersebut, chain-saw kami tersekat pula. Ini telah memberhentikan kerja memotong hampir setengah jam.


Abah aku sedang memotong dahan


Kami lega kerana Pak Teh aku muncul kira-kira jam 9.30 pagi bersama chain-saw nya. Dengan kehadiran dan bantuannya maka bertambah mudah dan ringanlah kerja-kerja memotong itu.


Sebahagian dahan yang dah dipotong


Setelah kebanyakan dahan dipotong, Pak Teh aku meminta supaya daun-daun pokok durian ini di berikan kepada lembu-lembunya yang daripada tadi dok usya aje dari tepi pagar kami tu. Lapar agaknya.


Berselera sungguh lembu-lembu ini dengan dedaun durian.



..dan yang ini juga


Abah aku mengambil keputusan supaya kami berhenti rehat kerana hari sudah semakin panas. Mungkin akan disambung sebelah petang nanti atau esok. Sambil itu aku, Abah dan Pak Teh sempat meninjau-ninjau pada akar pokok durian itu. Kami dapati ia penuh dengan anai-anai. Anai-anai ini telah membina koloninya dengan memakan sedikit demi sedikit akar dan paksi pokok ini. Hasilnya kerosakan sistem tunjang seterusnya menyebabkan ia tumbang. Sayangnya rasa, tengah banyak bunga pulak tu. Kurang satu pokok durian kami.

Sambil berfikir, aku dapat kesimpulan. Konsepnya sama seperti apa yang dah terjadi pada gigi aku itu. Apabila ianya mula rosak, tanpa disedari, dalam diam-diam dan dari dalam...tercabut juga ia.

Ok itu sahaja..woosh!
View Archives | Back to Top