Banjir: Pabila Surut...
Thu, 3 Feb 2011
Semalam (Rabu), kebetulan adik Aku pun dah sampai ke rumah pada hari sebelumnya. Mendengarkan pengalaman mengharungi banjir di sepanjang perjalanan dari KL ke Segamat, membuatkan Aku tak sabar nak pergi meninjau kawasan terlibat, terutamanya di bandar Segamat. Kebetulan juga semalam cuaca boleh dikatakan baik, maka Aku tak lepas peluang untuk keluar meninjau kawasan yang teruk di landa bencana banjir ni. Kawasan-kawasan ini meliputi kampung aku dan bandar Segamat sendiri.


Walaupun dah surut, Kedai Tom Yam Abe ini masih tenggelam



Termasuk juga sekolah agama ini


Setelah meninjau sekitar kampung aku, kami (Aku dan Epi) meneruskan tinjauan kami ke bandar Segamat pula. Ikuti laporan Aku untuk blog.ORELLEX.


Segamat : Selepas Banjir



Ternyata air sudah surut berdasarkan imej di atas, syukurlah



Namun kesannya...pasir dan lumpur yang termendap di jalanan...



...kemusnahan harta benda..



..kekotoran yang ditinggalkan...



...seperti ini...



...kerosakan teruk jalan raya...



...dan lagi...


Sememangnya banjir adalah bencana dan bukannya pesta air seperti segelintir daripada kita anggapkan. Aku tersentuh dengan nasib mangsa-mangsa banjir ini, lebih-lebih lagi pada kaum Cina yang bakal menyambut Tahun Baru Cina. Namun semua ini sudah berlaku. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil iktibar dan insaf apa yang terjadi.

P/s: Dari cakap-cakap setempat, tak mustahil akan berlaku gelombang kedua atau 2nd wave, Moga-moga tidak berlaku sebagaimana yang terjadi pada tahun 2006 yang lepas.
View Archives | Back to Top