Kemenangan dalam Kedinginan
Sun, 30 Jan 2011
Sejak beberapa hari, hujan turun mencurah-curah seakan tiada penghujungnya di Segamat dan di banyak kawasan lain seluruh negara. Namun di sebalik kedinginan cuaca, masih ada kawasan yang tetap hangat dengan suasana pilihanraya kecil iaitu Tenang.

Ok, cerita pasal pilihanraya semua dah maklum dengan keputusan penuhnya.Tahniah kepada calon yang menang, Mohd.Azhar Ibrahim (BN) atau Tok Ai. Jadilah Wakil Rakyat yang sememangnya mewakili rakyat, anda mampu melakukannya. Kepada calon yang tewas, tak bermakna perjuangan anda sudah selesai setakat itu sahaja.

Cerita pasal hujan pula, grr...sejuk yang luar biasa. Dah lama aku tak merasai kesejukan sebegini hebat. Namun aku sempat juga keluar dari rumah meninjau-ninjau sekitar kampung aku sendiri di daerah Segamat ni.

Semalam walaupun hujan berterusan tetapi dalam kadar "rintik-rintik". Namun hari ini hujan berterusan dan lebat menyebabkan air naik dengan drastik! Biasanya jambatan yang menghubungkan penduduk kampung dengan bandar Segamat ini menjadi benchmark dalam menentukan paras air sungai semasa.


Paras air (Sabtu)



Paras air (Ahad) sehingga jam 6.00 petang



p/s: Paras air dah semakin naik, nantikan update terkini.
View Archives | Back to Top