Koala yang dahaga
Wed, 26 Jan 2011
Wah, dah 3 minggu aku tak update blog ni. Jadi, hari ni aku nak update lah.

Gambar-gambar ini aku dapat daripada satu forum yang boleh dikatakan semakin meningkat popular dewasa kini. Ia mengisahkan bagaimana jika dalam keadaan terdesak, haiwan pun mampu bersifat kemanusiaan dengan merayu meminta pertolongan.



Koala yang kehausan akibat suhu mencecah 115 Fahrenheit
atau 46 darjah Celcius meminta supaya diberikan air




Mujurlah masih ada insan yang berhati mulia dan sudi berkongsi air bersamanya


Tersenyum aku masa baca post ni dalam forum tu tadi. Syukurlah masih ada insan yang berhati mulia dan mahu berkongsi nikmat Tuhan sesama makhluk. Kebaikan boleh dilakukan tidak terbatas hanya dengan sesama insan bahkan dengan haiwan. Pastinya lelaki yang memberikan koala itu minum merasakan satu perasaan yang lapang dan membahagiakan. Bak kata Lisa Surihani dalam iklan Radio Sinar tu, "Senang hati melihat telatah manja kucing-kucing itu. Inilah balasannya kalau kita buat baik pada binatang..."



Comel kan?
P/s: Buat baik dibalas baik.
View Archives | Back to Top