New Version, Another Story @ OK Jer!
Tue, 21 Dec 2010
Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan tahun 2010 yang penuh suka duka, tawa bicara dan pelbagai lagi ragam cara. Terasa baru lagi kita masuk ke tahun 2010, tapi apa kan daya masa tak menunggu sesiapa dan terus berlalu tanpa dapat ditahan. Ok sempena 2k11, maka design pun versi 2k11. Harap anda suka dan gembira dengan versi 2k11 ni ya! Terima kasih atas sokongan anda semua! Teruskan membaca.

_________________________

Pada 10 Disember lepas, satu pertandingan futsal antara company yang mempunyai office ni bangunan SME 1 dan 2 di Cyberjaya anjuran Cyberview telah diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya. Tujuan utama ialah untuk mengeratkan hubungan sesama insan yang bekerja dalam satu bangunan (SME 1 dan SME 2) walaupun di bawah company yang berlainan. Di samping berkenal kenalan antara satu sama lain. Oleh itu pertandingan ini dinamakan SME Face Off Futsal Tournament 2010.

Antara syarat pertandingan, dibuka hanya untuk 16 team sahaja dan bermain secara knock-off. Setiap team perlu terdiri daripada gabungan 2 atau lebih company berlainan, dan perlu ada 1 pemain wanita dan 4 lelaki dalam setiap perlawanan. Sounds fun and friendly isn't it? Tapi dah nama pertandingan, saingan tetap sengit dan yang menariknya, hadiah ditawarkan sehingga tempat ke-8 berbentuk wang tunai dan medal.

Sebagai pendatang baru di bangunan SME ini, company tempat kerja aku ni pun tak ketinggalan menyahut cabaran ini. Kami PG Communications (PGCOMMS) bergabung dengan MSC Technology Centre (MSCTC) yang diwakili oleh saudara Jofitri Johari, seorang pemain yang berpengalaman. Sedar dengan kehebatan team lain, kami hanya datang sebagai team yang low profile dan dengan harapan "dapat no.8 pun jadilah, dapat jugak RM200" (dan 1 sesi latihan semata-mata, hehe).

Apapun kami ok jer...kami bermula dengan pusingan kalah-mati yang pertama yang mana team yang kalah akan terus tersingkir! Cuak dow! Hehehe. Tapi kami bernasib baik kerana berjaya menewaskan team lawan, 4-3. Tipis dan nyaris. Mana tak nya, gol pertama pihak lawan diperolehi menerusi kick-off sahaja! Bermakna tak sampai 10 saat dah gol! Dem! Sebagai penjaga gol, aku sangat sentap hoke!, ditambah pula dengan nerves sebab 1st match ni. Syukurlah team kami tidak tunduk pada tekanan, dan akhirnya berjaya jua menang.

Kami mara ke stage seterusnya menyaksikan pertembungan semakin sengit. Kami tersilap percaturan kerana menukar penjaga gol, yang mana kami "dititik" tak hengat punya - 2-7! Kami agak pasrah dan sekadar berpuas hati dengan keputusan itu. Ternyata harapan kami untuk mendapat tempat kelapan seakan menjadi kenyataan. Tapi dalam pada kami bersedia untuk berkemas pulang, kami diberitahu bahawa akan ada penentuan tempat ke 5, 6, 7 dan 8.Ini bermakna kami ada match yang bakal dihadapi. Kami kembali bersemangat. Nampaknya peluang untuk menang masih terbuka.

Kali ni kami bertemu pasukan yang agak unik kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain kerana dibarisi oleh player yang boleh dianggap lebih "senior". Namun jangan disangka buaya tua tiada berdaya!

Walaupun rambut sudah putih gaya salah seorang player mereka digelar ala Christiano Ronaldo, tangkas dan pantas yang mana telah mengelirukan kami dan hampir menewaskan pasukan kami yang digelar OK Jer!.

Namun barisan serangan dan pertahanan OK Jer yang dibarisi Din, Wan, Jeff, Jo, Ika, Nurul (dan Boss) sedaya upaya mengasak dan mengekang mereka, hingga berjaya menewaskan mereka dengan tipis dan nyaris, 5-4. Woh! sungguh mendebarkan isn't it? Hehehe.

Kini tibalah masa untuk match "finale" - penentuan tempat ke-5 dan 6. Takdir telah menemukan kami dengan team yang boleh dikatakan mantap. Serangan demi serangan memaksa penjaga gol OK Jer, iaitu Orell (akulah tu, hehe) untuk bertindak lebih pantas. Mereka rembat macam kucing, aku tepis macam tikus. Mereka buat cross, aku slight terus, bola pun berpusing, macam gasing!



OK Jer in action...


Namun malang tak berbau! Ketika 1st half, ketika aku nak menepis rembatan itu, ketika itulah.....bola bertembung jari..Prap!! Aduh! Dengan segera aku menanggalkan glove, ternyata jari tengah tangan kanan tu sudah bengkok, dan bengkak! Aku teruskan perlawanan sehingga akhirnya serta berjaya memenangi match itu dengan 2-0! How ironic!

Tapi pada ketika itu, jari ku semakin sakit, berdenyut dan...ahh!! Tak boleh digambarkan!

Aduh! Syukur ada medical team yang sentiasa bersedia ketika kejohanan berlangsung. Bantuan yang diberikan walau sekadar bantuan asas namun harus dipuji kerana bertindak pantas dan efisien. Seperkara lagi yang harus diberi pujian ialah sikap organizer iaitu Cyberview (Event and Promotion) yang perihatin dan peka dengan keadaan.

Aku pun terus dibawa ke Hospital Putrajaya. Memandangkan Hospital Putrajaya ketika itu terlalu "sibuk" dengan pesakit yang ramai serta mangsa kemalangan dan kecemasan, aku membuat keputusan untuk ke hospital yang bukan kerajaan. Terpaksa aku berbelanja lebih sebab aku dah tak boleh nak handle kesakitan yang kian memuncak, apatah lagi bila dapat tau yang jari aku itu mungkin patah! Uwaaa!!! Tidak!!!

Bertemankan Jo, aku ke hospital bukan kerajaan itu di Kajang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dari pendaftaran hinggalah rawatan. Selepas di X-ray, ternyata jari ku tidak patah, cuma dislocated. Syukur, Alhamdulillah...



Inilah rupa macam mana jari yang dislocated menerusi imej sinar X.
*Imej ni bukan yang sebenar kerana aku terlupa pule nak amik copy dari hospital itu, hehe...


Lepas tu, apa lagi, masa untuk doktor relocated kan semula jari aku. Masa tu wa cakap lu, memang "ultimate" sungguh kesakitannya. Walaupun dah dibius tapi, kesakitannya lebih sakit daripada sebelumnya. Aku bertekad untuk menahan sakit tanpa menjerit atau menangis. Aku sematkan yang aku ni "Anak Jantan" kena tahan dan sabar. Dalam 5 minit kemudian terasa lega sedikit selepas jari ku itu disentap oleh doktor.

Sekali lagi aku dapat MC kali ni selama 4 hari pula. Aku dan Jo terus pulang.



Walaupun sekadar tempat ke-5, tapi aku bangga dengan
pencapaian, team, team mates dan diri aku sendiri. :)


Terima kasih pada semua team mates dan penyokong OK Jer, terima kasih, terima kasih terima kasih (Gaya Hafizal Hamad , Pengulas RTM 1).

Sekian terima kasih kerana membaca ya :)
View Archives | Back to Top