Setiapkali masuk sahaja bulan Disember, perasaan aku pasti bercampur baur. Memori dan nostalgia bersilih ganti. Dalam Disember ni juga ada 2 tarikh yang tak dapat aku lupakan. Tarikh yang sentiasa mengingatkan aku pada 2 orang yang aku pernah anggap istimewa.
"Istimewa? Dari segi apa?" tanya Wan Khairul Munir kepada aku. "Istimewa, yang sukar dilafazkan oleh lisan, dizahirkan oleh tindakan mahupun dibayangkan oleh fikiran". Wan Khairul Munir hanya mengangguk pura-pura paham...Aku merenung jauh menerobosi jendela, sambil menghela nafas panjang.
Tapi..ah lupakan sahaja cerita lama. Sorry ter'sentimental' pula, heheh. Tu semua sekadar sedikit luahan perasaan, memori silam. Oh ya sebut pasal memori masih terbayang-bayang lagi scene dalam movie Transformers 2 tahun lepas. Nak jadi cerita, masa aku usya-usya Facebook tadi, ada seorang kawan ni aku share link trailer/teaser Transformers 3: Transformers: Dark of the Moon . Apapun try lah layan ye...
P/s: Kredit to Khir Latif @ Lomaks sebab share. :D